(c)

Kemudahan rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh Kerajaan tertakluk kepada had kadar sewa yang ditetapkan.

(d)

Lain-lain elaun dan kemudahan yang sedang berkuatkuasa, yang tidak dibatalkan oleh Pekeliling ini.


ELAUN WILAYAH

4.    Seseorang pegawai yang bertukar wilayah adalah layak menerima Elaun Wilayah atas kadar berikut:

*Lingkungan Gaji

Kadar Berdasarkan % Gaji Yang Diterima

Di bawah $360 

..    ..    ..     ..    ..   25

$360-$549 

.. ..    ..    ..     ..    ..   22½

$550-$959

.. ..    ..     ..    ..    ..   20

$960-$1,939 

.. ..    ..     ..    ..    ..   17½

$1,940-$3,310  

..    ..     ..    ..    ..   15

$3,460 dan ke atas

..    ..     ..    ..    ..   12½

                                        * Termasuk Elaun Memangku yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

 

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL

5.    Pegawai yang bertukar wilayah juga adalah layak menikmati kemudahan tambang kapal terbang atau Feri Malaysia yang dibiayai sepenuhnya di bawah vot Jabatan masing-masing untuk pegawai dan ahli-ahli keluarganya bagi mengunjungi wilayah asal dua tahun sekali sepanjang tempoh penempatan pegawai di wilayah. Kemudahan ini hanya boleh diambil selepas 9 bulan penempatan atau sebelum tamatnya tempoh penempatan pegawai. Kemudahan ini tidak boleh dikumpulkan atau dibawa ke hadapan. Kemudahan tambang hanya meliputi tambang yang sebenar dan tidak termasuk lain-lain tuntutan seperti lojing/hotel, elaun makan ataupun tambang teksi dan sebagainya.


PEMBATALAN ELAUN PENEMPATAN KHAS

6.    Mulai dari tarikh kuatkuasa, Elaun Penempatan Khas adalah dengan ini ditarik balik dan dibatalkan. Hanya pegawai-pegawai yang sedang menerima Elaun Penempatan Khas atas syarat-syarat dan kadar sekarang adalah dibenarkan terus menerimanya secara khas untuk penyandang sehingga tamat tempoh penempatan mereka. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai yang dibenarkan menerima Elaun Penempatan Khas itu tidak akan layak menikmati kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal yang diperuntukkan di perenggan 5 di atas.


KEMUDAHAN RUMAH KERAJAAN ATAU RUMAH YANG DISEWA OLEH KERAJAAN

7.    Seseorang pegawai yang bertukar wilayah juga layak diperuntukkan rumah kerajaan mengikut kelas rumah yang dilayaki ataupun rumah yang disewa oleh


mukasurat 2