
____________
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6 TAHUN 1987
____________
ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BAGI
PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH
PENDAHULUAN
1. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyeragamkan elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan bagi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah dan ditempatkan berkhidmat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
TAKRIF
2.1 "wilayah" ertinya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
2.2 "wilayah asal" ertinya Kuala Lumpur, Kuching atau Kota Kinabalu.
2.3 "pegawai yang bertukar wilayah" ertinya:
(a) |
pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung; |
|
(b) |
pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak; dan |
|
(c) |
pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di antara negeri-negeri itu. |
2.4 "keluarga" menyatakan taraf pegawai yang telah berkahwin dan "ahli keluarga" ertinya suami atau isteri dan anak-anak pegawai.
ELAUN-ELAUN DAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DILAYAKI
3. Seseorang pegawai yang bertukar wilayah adalah layak menikmati elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan berikut berkuatkuasa mulai daripada tarikh pegawai melaporkan diri bertugas iaitu:
(a) |
Elaun Wilayah. |
|
(b) |
Kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal dua tahun sekali. |
mukasurat 1