Tanggagaji Baru

5.    Tanggagaji-tanggagaji yang baru untuk Kumpulan C dan D adalah sepertimana yang terkandung di dalam Lampiran "A" kepada Pekeliling ini. Sebarang tawaran perlantikan baru selepas daripada 30hb Jun 1985 hendaklah menggunakan tanggagaji baru sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling ini.

Tanggagaji Khas Untuk Penyandang

6.    Tanggagaji-tanggagaji baru khas untuk penyandang sepertimana yang ditunjukkan di dalam Lampiran "A" hanya dipakai untuk pekerja-pekerja yang sedang berkhidmat kerana gaji yang diterimanya tidak dapat ditampung oleh tanggagaji hakiki baru atau tanggagaji yang dinikmatinya berlainan daripada tanggagaji hakiki baru bagi skim perkhidmatannya di bawah Pekeliling ini. Tanggagaji khas untuk penyandang itu tidak boleh dipakai bagi sebarang perlantikan baru dan kenaikan pangkat pada atau selepas tarikh kuatkuasa iaitu 1hb Julai 1985.

7.    Seseorang pekerja tetap yang menikmati tanggagaji khas untuk penyandang akan layak untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dalam skim yang sama dengan syarat apabila ianya dinaikkan pangkat, ia tersendirinya menerima tanggagaji hakiki dalam jawatan berkenaan mulai daripada tarikh kenaikan pangkatnya.

Pemindahan Gaji bagi Pegawai Tetap dan Sementara

8.    Gaji dan tanggagaji yang diterima oleh pekerja-pekerja sedang berkhidmat hendaklah diubah ke tanggagaji baru berasaskan kepada kod-kod gaji masing-masing menurut Jadual di Lampiran "A" kepada Pekeliling ini. Pemindahan gaji adalah berasaskan kaedah dari matagaji dalam tanggagaji sekarang ke matagaji dalam tanggagaji baru iaitu dari "mata ke mata" seperti yang ditunjukkan di dalam sifir-sifir pemindahan di dalam Lampiran "B" kepada Pekeliling ini.

9.    Bilangan matagaji di dalam tanggagaji baru adalah sama banyaknya dengan matagaji dalam tanggagaji yang ada sekarang. Oleh hal yang demikian pemindahan gaji dari tanggagaji bersih sekarang ke tanggagaji baru ialah daripada satu matagaji sekarang ke satu matagaji yang bersetentangan dengannya di dalam tanggagaji baru. Sebagai contoh, jika seseorang pekerja itu berada dalam matagaji yang pertama dalam tanggagaji sekarang, maka gajinya yang baru ialah matagaji pertama di dalam tanggagaji baru dan begitulah seterusnya.

Kenaikan Gaji pada Tarikh Kuatkuasa

10.    Tarikh kenaikan gaji dalam gred satu-satu jawatan sekarang adalah tidak berubah. Apabila tarikh kenaikan gaji seseorang pekerja itu jatuh pada tarikh kuatkuasa, maka pekerja tersebut hendaklah diberi kenaikan gaii dalam tanggagaji sekarang dan seterusnya gaji yang diperolehinya selepas kenaikan itu hendaklah dipindahkan ke matagaji yang bersetentangan dalam tanggagaji baru sepertimana yang dilakukan dalam perenggan 9 di atas.


mukasurat 2