
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 4 TAHUN 1985 |
|||||||
SEMAKAN / PELARASAN GAJI BAGI PEKERJA-PEKERJA
DALAM KUMPULAN C DAN D DALAM SEKTOR AWAM
Kerajaan telah meluluskan suatu semakan / pelarasan gaji bagi
pekerja-pekerja dalam Kumpulan C dan D yang akan dilaksanakan mulai daripada 1hb Julai
1985 meliputi seluruh Perkhidmatan Awam dan, tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak
Berkuasa masing-masing, Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan seperti di dalam
Pekeliling ini keseluruhannya.
2. Semakan / pelarasan gaji yang dikuatkuasakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini tidak mengubah kumpulan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan seperti tempoh percubaan, tarikh kenaikan gaji, sekatan percubaan, sekatan peperiksaan dan sekatan kecekapan menurut sepertimana yang diperuntukkan sebelum daripada semakan / pelarasan gaji ini. Skim-skim perkhidmatan akan terus berkuatkuasa dan hanya dipinda untuk melaksanakan tanggagaji baru yang telah diluluskan.
Liputan
3. Peruntukan di dalam Pekeliling ini adalah meliputi semua pekerja-pekerja dalam Kumpulan C dan D di dalam:
(a) |
Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang; |
|
(b) |
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan; |
|
(c) |
Perkhidmatan Keretapi; |
|
(d) |
Perkhidmatan Awam Am Bersama yang tersebut di dalam Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan; |
|
(e) |
Perkhidmatan Awam tiap-tiap Kerajaan Negeri; |
|
(f) |
Perkhidmatan Pelajaran; |
|
(g) |
Perkhidmatan Badan-Badan Berkanun; dan |
|
(h) |
Perkhidmatan Kuasa-Kuasa Tempatan. |
4. Semakan / pelarasan gaji ini akan dilanjutkan kepada anggota-anggota dalam Kumpulan C dan D di dalam Perkhidmatan Parlimen, tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan.
mukasurat 1