upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT. 2578 / Pt. 1 / 35 bertarikh 8hb Jun 1970 di Lampiran "A" mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan Dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka "lounge suit" bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.
3.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)
3.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (international), maka pakaian "lounge suit" hendaklah dipakai.
4. PEMBATALAN
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1974 dengan ini adalah dibatalkan.
5. TARIKH BERKUATKUASA
Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.
AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (1),
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia
Tarikh: 18hb Februari, 1985
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan.
Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.
s.k.:
Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.
Pihak Pengurusan Perbadanan-perbadanan Awam Persekutuan dan Negeri.
mukasurat 3