2.1.6    Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

2.1.7    Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2    Pakaian Wanita

2.2.1    Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2.2    Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.3    Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

2.3.1    Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

2.4    Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)

2.4.1    Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digaIakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negeri dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.

2.4.2    Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

2.5    Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)

2.5.1    Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2.6    Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)

2.6.1    Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.

3.    PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI

3.1    Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki

3.4.1    Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri


mukasurat 2