top.gif (7183 bytes)

___________

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985

___________

PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI
UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI
AWAM

 

1.    TUJUAN

1.1    Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam.

2.    PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA

2.1    Pakaian Lelaki

2.1.1    Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A dan B, "lounge suite" atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.2    Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.3    Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.

2.1.4    Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai Itu adalah buatan Malaysia.

2.1.5    "Jeans" atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.


mukasurat 1