(c)

Guru-guru wanita yang bersalin bagi kali yang keenam dan seterusnya, hendaklah menggunakan peraturan-peraturan cuti seperti yang berikut :

(i) Cuti bergaji penuh sekiranya bersalin dalam cuti penggal sekolah
(ii) Cuti separuh gaji bagi masa sehingga 14 hari di dalam penggal sekolah;
(iii) Cuti tanpa gaji bagi masa yang Iebih daripada (i) dan/atau (ii) di atas tetapi tidak melebihi 42 hari bagi tiap-tiap kali bersalin;

(iv)

Cuti Sakit atau lain-lain cuti atas sebab-sebab kesihatan boleh diberi sekiranya pegawai masih juga sakit selepas masa pemulihan selama 42 hari itu, mengikut peraturan-peraturan yang biasa.


Tarikh Kuatkuasa dan Pelaksanaannya

3. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh Pekeliling ini dikeluarkan. Mana-mana pegawai wanita yang telah bersalin lebih daripada 3 kali adalah tertakluk kepada perbekalan yang ada sebelum pindaan yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan ini dan tidak ada pembetulan atau penyelarasan akan dibuat ke atas peraturan cuti bagi kelahiran anak selepas yang ketiga itu. Walau bagaimanapun, selepas tarikh kuatkuasa Pekeliling Perkhidmatan ini pegawai-pegawai tersebut adalah layak menikmati 2 kali lagi kemudahan Cuti Bersalin sehingga jumlah keseluruhan Cuti Bersalin itu menjadi tidak lebih daripada 5 kali.


Pindaan kepada Perintah-perintah Am 25,dan 26, Bab "C"

4. Pindaan-pindaan kepada Perintah-perintah Am 25 dan 26, Bab "C" tahun 1974 yang sewajamya akan dibuat dengan kuat-kuasa kebelakangan mulai daripada tarikh berkuatkuasanya Pekeliling ini.

 

 

TAN SRI OSMAN S. CASSIM,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

 

1hb Jun 1984

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan.

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Semua Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun.

Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan.


mukasurat 2