top.gif (7183 bytes)
_____________

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 5 TAHUN 1984
_____________

PERATURAN MENGENAI KELAYAKAN CUTI BERSALIN
DI BAWAH PERINTAH-PERINTAH AM 25 DAN 26,
BAB "C"

Tujuan

Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini ialah bagi melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meminda peraturan mengenai kemudahan Cuti Bersalin bagi pegawai wanita di sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan Kerajaan.

Kelayakan Cuti Bersalin

2. Kerajaan telah bersetuju supaya peraturan-peraturan berikut dipakai berhubung dengan Cuti Bersalin bagi pegawai-pegawai wanita yang melahirkan anak. Peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:

(a)

Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Bersalin bergaji penuh selama 42 hari mulai dari hari anak itu dilahirkan, termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am, kepada pegawai-pegawai wanita, termasuk guru-guru, untuk melahirkan anak 5 kali di sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai wanita itu. Bagi sakit yang melebihi tempoh pemulihan biasa selama 42 hari itu, pegawai boleh diberi Cuti Sakit atau lain-lain cuti atas sebab kesihatan mengikut peraturan-peraturan yang biasa;

(b)

Bagi tujuan bersalin yang keenam dan seterusnya, pegawai-pegawai wanita, kecuali guru-guru wanita boleh diberi Cuti Rehat yang dilayakkinya pada tahun yang berkenaan. Jika Cuti Rehatnya sudah habis atau tidak mencukupi, pegawai boleh diberi Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh pemulihan itu. Jumlah Cuti Rehat dan Cuti Tanpa Gaji yang digunakan bagi tujuan pemulihan ini hendaklah tidak lebih daripada 42 hari. Jika sekiranya pegawai masih sakit juga selepas tempoh 42 hari itu, ia bolehlah diberi Cuti Sakit atau lain-lain cuti atas sebab-sebab kesihatan mengikut peraturan-peraturan yang biasa;

 


mukasurat 1