
____________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 1982
____________
PENGISYTIHARAN HARTA OLEH PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN
1. Tujuan
1.1 Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai pengisytiharan harta oleh pegawai-pegawai Kerajaan. Kerajaan telah memutuskan bahawa semua pegawai-pegawai kanan yang berada dalam Tingkatan tertinggi "D" ke atas dan Ketua-ketua Jabatan seperti yang ditakrifkan di perenggan 2 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1981, hendaklah membuat pengisytiharan harta alih dan takalih yang dimiliki oleh mereka, suami atau isteri, anak-anak dan anggota keluarga di bawah tanggungan mereka. Kaedah-kaedah membuat pengisytiharan adalah seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1981. Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun, Perbadanan-perbadanan dan Kuasa-kuasa Tempatan, adalah juga diminta menguatkuasakan arahan ini kepada pegawai-pegawai mereka.
2. Pegawai-pegawai dan Kakitangan dalam Tingkatan-tertinggi "E" dan ke bawah
2.1 Pegawai-pegawai dan kakitangan yang lain dalam Tingkatan tertinggi "E" ke bawah tidak perlu membuat pengisytiharan mengikut kaedah-kaedah yang dikehendaki oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1981, dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1981, melainkan apabila dinaikkan pangkat atau dilantik sebagai Ketua Jabatan.
3. Perintah Am 8, Bab D, 1980
3.1 Perintah Am 8, Bab D, Tahun 1980 mensyaratkan semua pegawai Kerajaan mengisytiharkan harta mereka pada tarikh mereka dilantik ke dalam perkhidmatan awam dan apabila mereka memperolehi apa-apa harta. Bagi pegawai-pegawai dan kakitangan bertaraf Tingkatan-tertinggi "E" ke bawah, peraturan di bawah Perintah Am 8, Bab D, Tahun 1980 terus dikuatkuasakan.
mukasurat 1