3.2    Pegawai-pegawai yang menerima bayaran Elaun Penempatan Khas tidak layak dibayar Elaun Wilayah bersama-sama dengannya. 

3.3    Kadar keluarga hendaklah dibayar kepada pegawai yang berkahwin atau pegawai yang bertaraf balu atau janda atau duda yang mempunyai anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai itu. Kadar bujang pula hendaklah dibayar kepada pegawai yang belum berkahwin atau pegawai yang bertaraf balu atau janda atau duda yang tidak mempunyai anak dalam tanggungannya. 

3.4    Di dalam keadaan di mana suami dan isteri adalah kedua-duanya pegawai di dalam perkhidmatan awam yang ditempatkan berkhidmat di luar daripada wilayah pengambilannya dilakukan, bayaran Elaun Penempatan Khas adalah dibuat kepada seorang sahaja iaitu kepada pegawai yang pertama melaporkan diri bertugas di luar daripada wilayahnya. 

3.5    Walau apapun yang diperuntukkan di dalam perenggan kecil 3.4 di atas, apabila dua orang pegawai awam suami-isteri telah bertukar tempat bertugasnya ke luar wilayah, salah seorang di antara kedua pegawai iaitu yang menerima gaji yang lebih tinggi boleh memilih, dari tarikh semasa, untuk menerima Elaun Penempatan Khas yang lebih tinggi dengan syarat isteri atau suaminya, mengikut mana yang berkenaan menyerahkan kelayakannya menerima Elaun Penempatan Khas untuk digantikan dengan Elaun Wilayah. 

3.6    Bayaran Elaun Penempatan Khas berkuatkuasa mulai daripada 1hb Julai,1978. Pegawai-pegawai yang telah menerima arahan pertukaran yang berkuatkuasa sebelum daripada tarikh Pekeliling ini bolehlah mengemukakan tuntutan bagi bayaran tunggakan elaun tersebut tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam perenggan ini.


Elaun Gangguan
 

4.       Elaun Gangguan di atas kadar sebulan gaji hakiki boleh dibayar apabila seseorang pegawai itu ditukarkan dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain. Kadar Elaun Gangguan yang dilayaki akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan semula ke wilayah asalnya. Sekiranya perlu pegawai yang bertukar dengan meninggalkan wilayahnya boleh dibayar separuh daripada Elaun Gangguan berasaskan kepada gaji yang diterimanya sebelum pertukaran yang diarahkan itu yang dianggap sebagai pendahuluan kepada kelayakannya yang akan ditentukan berdasarkan kepada gaji hakiki pada akhir pertukarannya ke luar wilayah itu. Baki bayaran Elaun Gangguan akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami-isteri yang bertukar ke luar wilayah, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan berasaskan kepada pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi, jika pertukaran itu mengambil tempat ke wilayah yang sama.


mukasurat 2