(iii)

Polis Khas (Special Constable) yang dikerah untuk Peraturan-peraturan Kuasa-kuasa Perlu (Polis Khas), 1948;

(iv)

Polis Bantuan (Auxiliary Police);

(v)

Home Guard yang dikerah mengikut Peraturan-peraturan Kuasa-kuasa Dharurat (Home Guard),1951,

dengan syarat perkhidmatan mereka dalam angkatan-angkatan atau pasukan-pasukan Tentera dan Polis seperti tersebut adalah ditamatkan dengan baik.

2.2      Bekas Anggota sukarela tidak termasuk dalam istilah "Bekas Anggota Tentera dan Bekas Anggota Polis" kecuali mereka yang telah dikerah untuk berkhidmat pada masa peperangan atau dalam tempoh pengistiharan dharurat dan di bawah Fasal 150 Perlembagaan berkuatkuasa dan yang telah sebenar-benarnya berkhidmat sepenuh masa selama tidak kurang daripada 12 bulan kesemuanya sebelum ditamatkan perkhidmatannya sebagai anggota kerahan dalam angkatan-angkatan atau pasukan-pasukan yang tersebut.

2.3      Keistimewaan yang diberikan oleh Pekeliling ini tidak meliputi bekas anggota-anggota Angkatan Tentera dan bekas anggota Pasukan Polis yang telah bersara dengan pencen mengikut Sekim Pencen bagi perkhidmatan-perkhidmatan mereka.

Bukti Perkhidmatan Dengan Sijil Berhenti

3.     Bukti untuk menunjukkan seseorang itu ialah seorang "Bekas Anggota Tentera" atau "Bekas Anggota Polis" ialah dengan menunjukkan Sijil Berhenti daripada angkatan atau pasukan-pasukan Tentera atau pasukan-pasukan Polis yang ia berkhidmat dahulunya. Bekas-bekas anggota pasukan sukarela hendaklah menunjukkan bukti yang ia telah dikerah berkhidmat sepenuh masa seperti menunjukkan Surat Penghargaan atau Surat Kerahan Sepenuh Masa.

Syarat Permohonan Jawatan Tetap

4.1     "Bekas Anggota Tentera" dan "Bekas Anggota Polis" boleh memohon jawatan-jawatan tetap yang diiklankan dengan syarat mereka memiliki kelayakan-kelayakan masuk yang ditetapkan kecuali di mana-mana disyaratkan had umur yang paling tinggi bekas anggota-anggota Tentera atau bekas anggota-anggota Pasukan Polis itu hendaklah tidak melebihi 45 tahun pada tarikh akhir permohonan-permohonan bagi jawatan-jawatan itu diterima seperti yang dinyatakan dalam iklan bagi jawatan-jawatan itu.

4.2     Bagi jawatan-jawatan tetap yang tidak mensyaratkan had umur paling tinggi dan jawatan-jawatan sementara, bekas anggota-anggota Tentera atau bekas Pasukan Polis boleh memohon jawatan-jawatan itu asalkan memiliki kelayakan-kelayakan masuk yang disyaratkan.

Kadar Yang Dikhaskan Bagi Jawatan-jawatan Berjadual

5.1     "Bekas Anggota Tentera" dan "Bekas Anggota Polis" hendaklah diambil untuk mengisi kekosongan dalam jawatan yang


mukasurat 2