10.3    Elaun-elaun yang berikut adalah ditarikbalik dan dibatalkan: 

(a) Elaun Gelap (Dark Allowance);
(b) Elaun Bahasa Kebangsaan (Malaysia);   
(c) Tambang Percuma Balik ke Kampung;
(d) Tambang Percuma untuk pegawai yang dilantik berasal dan berkhidmat di Negeri Sarawak;
(e) Elaun Khas Bertugas;
(f) Elaun Letrik;
(g) Elaun Air;
(h) Elaun Sekolah Bahasa Sendiri (Vernacular School Allowance);
(i) Elaun Kerja Susah / Bahaya / Busuk;
(j) Elaun Duduk di Tapak (Site Allowance).

Elaun Wilayah

10.4    Elaun Wilayah adalah ditetapkan seperti berikut:

Lingkungan Gaji

Elaun berasakan % gaji yang diterima
Di bawah $285 ... ... ... ... ... 25%
$285 - $484 ... ... ... ... ... 22%
$485 - $864 ... ... ... ... ... 20%
$865 - $1,804 ... ... ... ... ... 17%
$1,805 - $2,865 ... ... ... ... ... 15%
$2,965 ke atas ... ... ... ... ... 12%
Elaun Meter Loji

10.5    Elaun Meter Loji akan dibatalkan apabila jawatan Penjalan Loji ditetapkan grednya dan sehingga gred-grednya ditetapkan Penjalan-penjalan Loji bolehlah terus menerima Elaun Meter Loji mengikut kadar yang diluluskan sekarang dengan cara khas untuk penyandang.

Elaun Kerja Susah/Bahaya/Busuk

10.6    Bayaran Elaun Kerja Susah / Bahaya / Busuk mengikut kadar sekarang adalah dikhaskan untuk penyandang. Elaun tersebut tidak akan diluluskan kepada pegawai-pegawai lain.

Tambang Kapalterbang untuk Melawati Keluarga

10.7    Kemudahan tambang kapalterbang untuk balik atas sebab-sebab belas kesihan untuk melawati ibu bapa atau ibu bapa isteri yang sakit tenat di tempat asal adalah diluluskan menurut syarat-syarat seperti terkandung di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1970. Kemudahan ini boleh juga dipertimbangkan bagi pegawai yang ditukarkan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dalam keadaan yang tersebut dan bagi anak-anak yang tidak turut serta dengan pegawai ini ke tempat bertugas untuk melawat bapa atau ibu mereka yang sakit tenat dengan syarat penerbangan itu tidak pernah digunakan bagi maksud pemindahan mengikut bapa atau ibu mereka seperti di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut.

Tambang Pengangkutan bagi Mayat Pegawai atau Ahli Keluarga Pegawai Persekutuan

10.8    Jika seorang Pegawai Persekutuan meninggal dunia di stesyen ia diarahkan bertugas di luar daripada Wilayah ia diambil bekerja pada mulanya, Kerajaan akan menimbangkan permohonan warithnya untuk membawa mayat pegawai tersebut balik ke kampung untuk dikebumikan. Tambang


mukasurat 12