Perbahasaan "Bahagian I, II, dan III" yang di-gunakan di-dalam-nya hendak-lah di-gantikan dengan perbahasaan "Pegawai² dalam Perkhidmatan Pelajaran yang gaji paling tinggi dalam tangga-gaji berseh-nya melebehi $250 sa-bulan".

Elaun² Pemangku dan Tanggongan Kerja

49.   Pegawai² ada-lah layak mendapat elaun² pemangku dan tanggongan kerja mengikut peruntokan² yang terkandong dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 16 Tahun 1954 terta'alok kapada pengubahsuaian² yang berikut:

 

   Perbahasaan "Bahagian I dan II yang di-gunakan di-dalam-nya hendak-lah di-gantikan dengan perbahasaan "Pegawai² dalam Perkhidmatan Pelajaran yang gaji paling tinggi dalam tangga-gaji berseh-nya melebehi $1,250 sa-bulan dan mereka yang gaji paling tinggi dalam tangga-gaji berseh-nya melebehi $700 tetapi tidak melebehi $1,250 sa-bulan".

Elaun Seberang Laut

50.   Pegawai² yang sedang berkhidmat di-Jabatan² Kerajaan di-seberang laut  akan terus layak menerima elaun seberang laut menurut kadar dan peratoran sekarang. Oleh kerana elaun seberang laut sekarang ini mengandongi unsor elaun sara hidup (mulai sekarang elaun sara hidup itu tidak lagi di-bayar kapada Pegawai² yang berkhidmat di-Malaysia), maka jumlah gaji, iaitu gaji berseh champor elaun seberang laut, hendak-lah di-selaraskan dengan memotong daripada jumlah gaji mereka suatu jumlah yang merupakan 12½ daripada gaji berseh mereka.

Elaun Kera'ian Seberang Laut

51.   Pegawai² yang sedang berkhidmat di-Jabatan² Kerajaan di-seberang laut akan terus layak menerima elaun kera'ian seberang laut menurut kadar² yang di-terima-nya sekarang.

Elaun Kanak² Seberang Laut

52.   Pegawai² yang sedang berkhidmat di-Jabatan² Kerajaan di-seberang laut akan terus layak menerima elaun kanak² seberang laut mengikut  kadar  yang di-terima-nya sekarang.

Elaun Pelajaran Seberang Laut

53.   Pegawai² yang sedang berkhidmat di-Jabatan² Kerajaan di-seberang laut akan terus layak menerima elaun pelajaran  seberang laut mengikut  kadar  yang di-terima-nya sekarang.

Elaun Khas---Malaysia Timor

54.   Pegawai² yang sedang atau akan berkhidmat di-Malaysia Timor ada-lah layak mendapat elaun khas yang di-kira mengikut asas yang berikut:

 

Elaun
Khas

=

Elaun Diri
Sendiri

+

Elaun
Keluarga

+

7%

daripada jumlah gaji
(emolument)

 

Jumlah gaji (total emolument) ada-lah di-kira saperti berikut:

 

Jumlah
Gaji

=

Mata-pertengahan
Tangga-gaji Berseh

+

Elaun Diri
Sendiri

+

Elaun
Keluarga

 

dan mata-pertengahan tangga-gaji berseh ada-lah di-kira sa-chara berikut :

 

 

 

Jumlah semua angka gaji berseh dalam tangga-gaji
------------------------------------------------------------------------
Jumlah bilangan mata-tangga dalam tangga-gaji

 

 

 

 

 

 


mukasurat 10