11.      Urusan permohonan GCR hendaklah menggunakan Borang JPA.BP.UMUM.B02. Pin seperti di Lampiran B. Prosedur penghantaran borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan adalah seperti dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI Panduan Urusan Persaraan dan Pencen, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003. Contoh pengisian borang yang lengkap ialah seperti di Lampiran C iaitu mengikut kaedah-kaedah pengumpulan yang dinyatakan di Perenggan 5 dan 6 Pekeliling Perkhidmatan ini. Penjelasan terperinci mengenai kaedah pengumpulan tersebut ialah seperti di Lampiran D.

12.      Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanggungjawab menyemak perakuan Ketua Jabatan di atas borang permohonan di Lampiran C dengan merujuk kepada salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang dikemukakan bersama-sama borang dan dokumen lain sehubungan persaraan (atau kematian semasa dalam perkhidmatan) pegawai yang berkenaan. Sebelum meluluskan GCR, JPA berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal cuti rehat pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya.

PEMAKAIAN


mukasurat 5

13.       Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai bagi semua pegawai yang layak dibayar faedah persaraan di bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227) serta orang tanggungan yang layak dibayar faedah terbitan di bawah Akta yang sama.

14.    Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membolehkan pembayaran GCR kepada anggota berpencen pihak berkuasa masing-masing.