(i)
Bagi pegawai yang tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia atau Sistem Saraan Baru, “gaji yang akhir diterima” ialah gaji hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan, kategori, gred dan gaji hakiki pegawai; dan
(ii)
Bagi pegawai yang tertakluk kepada Skim Gaji Jawatankuasa Kabinet, “gaji yang akhir diterima” ialah gaji hakiki serta Elaun Khidmat Awam, bayaran Bantuan Sewa Rumah dan Elaun Keraian, mana yang berkenaan, mengikut tanggagaji hakiki pegawai.
Gaji hakiki di perenggan 8(i) dan (ii) tidak termasuk apa-apa elaun berpencen yang dibayar kepada pegawai.
9. Cuti rehat yang dikumpul bagi GCR oleh seseorang pegawai semasa di dalam Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan boleh dicantumkan dengan cuti rehat yang dikumpulkan semasa di dalam perkhidmatan Persekutuan, tertakluk kepada syarat pertukaran perkhidmatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan yang berkenaan.
URUSAN PENGUMPULAN DAN PERMOHONAN GCR
10. Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun, dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A. Kebenaran ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti pegawai dan borang tersebut hendaklah disimpan di dalam fail peribadinya untuk rujukan sekiranya timbul sebarang persoalan mengenai GCR kelak.
mukasurat 4