cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang.
6. Di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini, maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 120 hari. Kaedah pengumpulan cuti rehat bagi GCR yang sedang berkuat kuasa untuk seseorang pegawai terus kekal kecuali pada tahun akhir perkhidmatan. Bagi melaksanakan kaedah pengumpulan yang baru ini, jumlah cuti rehat yang telah dikumpul bagi GCR oleh seseorang pegawai sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja. Pada tahun akhir perkhidmatannya, seseorang pegawai itu dibenarkan mengumpul cuti rehat bagi GCR daripada baki jumlah cuti rehat yang layak bagi dirinya pada tahun tersebut, sehingga maksimum sama banyak dengan kadar cuti rehat. Jumlah keseluruhan cuti rehat yang dibenar dikumpul bagi GCR sepanjang perkhidmatannya hendaklah tidak melebihi 120 hari.
PERKIRAAN GCR
7. Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, GCR adalah dikira berdasarkan formula berikut:
mukasurat 3
1/30 x gaji yang akhir diterima x
jumlah hari cuti rehat
yang dikumpulkan,
tertakluk kepada had maksimum 120 hari.
8. Bagi maksud formula di atas, tafsiran “gaji yang akhir diterima” adalah seperti berikut: