3.         GCR bagi pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan diperuntukkan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980, iaitu sebagai satu faedah di bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227). Prosedur yang sedang berkuat kuasa bagi urusan pemberian faedah ini kepada pegawai atau orang tanggungan yang layak dalam kes kematian pegawai semasa dalam perkhidmatan ialah seperti ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003.

SYARAT DAN KAEDAH MENGUMPUL CUTI REHAT BAGI GCR

4.         Syarat-syarat pengumpulan cuti rehat bagi GCR di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat kelayakan cuti rehat, peraturan untuk membawa cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan ke tahun hadapan serta peraturan bagi pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan yang diperuntukkan di bawah mana-mana Perintah Am, Peraturan, Pekeliling Perkhidmatan atau Ketetapan Khas yang terpakai bagi seseorang pegawai dari semasa ke semasa.


mukasurat 2

5.         Kaedah mengumpul cuti rehat bagi GCR sebelum 1 Januari 1984 ialah berasaskan kaedah cuti luput, iaitu dengan mengambil baki cuti rehat di penghujung tahun yang melebihi kadar cuti rehat pegawai yang berkenaan. Mulai 1 Januari 1984, kaedah pengumpulannya berasaskan kaedah cuti pilihan, iaitu pegawai dibenarkan memilih jumlah hari yang hendak dikumpulkan daripada jumlah cuti rehat tahun semasa yang tidak dapat dihabiskan pada tahun itu dengan kebenaran Ketua Jabatan. Kaedah pengumpulan cuti rehat bagi GCR tidak berubah walau pun pelaksanaan Sistem Saraan Baru pada 1 Januari 1992 telah membenarkan cuti rehat dibawa ke hadapan selama dua tahun dan cuti tahun pertama akan luput pada akhir tahun ketiga sekiranya tidak diambil. Walau apa pun kaedah pengumpulan yang terpakai kepada seseorang pegawai itu, jumlah hari