perbelanjaan perkhidmatan perubatan, rawatan kemandulan dan rawatan penyakit buah pinggang; dan
perbelanjaan rawatan kepakaran, kecemasan dan luar negeri.
Ketua Jabatan hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut-
a)
merujuk kepada peraturan induk iaitu Perintah Am Bab F (Perubatan) 1974 bagi permohonan untuk anggota/pesara, suami/isteri dan anak atau Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 bagi permohonan untuk ibu bapa kepada anggota yang memilih Sistem Saraan Baru;
b)
merujuk kepada borang SARAUBAT JPA (PPK) atau surat pengesahan pakar perubatan bagi langkah dalam carta aliran kerja yang memerlukan semakan perakuan dan pengesahan pegawai perubatan;
c)
merujuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Perkembangan Perubatan, bagi langkah dalam carta aliran kerja yang memerlukan perakuan Ketua Pengarah Kesihatan atau sokongan KKM;
d)
merujuk ke KKM, Bahagian Perkembangan Perubatan jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai ubat, alat, perkhidmatan dan rawatan; dan
e)
merujuk ke KKM, Bahagian Kewangan jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kemudahan di Institut Jantung Negara Sendirian Berhad.
KELULUSAN PERMOHONAN
Permohonan perbelanjaan perubatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan hendaklah dikemukakan ke Jabatan masing-masing dan permohonan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen dikemukakan ke JPA, Bahagian Pencen untuk kelulusan kecuali permohonan perbelanjaan rawatan kepakaran di hospital swasta dan rawatan di luar negeri perlu dipanjangkan ke JPA, Bahagian Saraan untuk kelulusan.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan panduan ini bolehlah dikemukakan ke JPA, Bahagian Saraan, Cawangan Elaun dan Kemudahan.
(iii)
mukasurat iii