11. Kemudahan rawatan percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) boleh diperolehi mengikut tatacara berikut:-
(i) |
mendapat rawatan di hospital Kerajaan; dan |
(ii) |
dirujuk oleh Pakar Perubatan hospital Kerajaan ke IJNSB; dan |
(iii) |
mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan dalam "Panduan Mengenai Kemudahan Di IJNSB Bagi Pelbagai Golongan Pesakit Di Bawah Tanggungan Kerajaan Persekutuan Kemudahan Perubatan Bagi Pegawai Kerajaan" mengikut surat Kementerian Kesihatan Malaysia rujukan (68) dlm.KKM.203/30 Bhg.5 bertarikh 16 September 1997. |
12. Untuk memudahkan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini, satu panduan pelaksanaan disediakan seperti di lampiran.
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
13. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab melaksanakan peraturan sepertimana diperuntukkan dalam Pekeliling ini dan hendaklah meluluskan permohonan perbelanjaan di mana berkaitan serta membuat bayaran bagi perbelanjaan perubatan yang terlibat.
14. Bagi maksud Pekeliling ini, Ketua Jabatan untuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen ialah Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
TARIKH KUATKUASA
15. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2001.
mukasurat 5