(v) |
permohonan hendaklah menggunakan borang SARAUBAT JPA (RCS) seperti di lampiran; dan |
(vi) |
permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan. |
9. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran di hospital swasta dilaksanakan mengikut tatacara berikut -
(i) |
mendapat rawatan di hospital Kerajaan; dan |
(ii) |
rawatan kepakaran berkenaan tidak diperolehi di hospital Kerajaan; dan |
(iii) |
pengesahan Pakar Perubatan hospital Kerajaan bahawa rawatan kepakaran diperlukan dan boleh diperolehi di dalam negeri; dan |
(iv) |
perakuan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai (ii) di atas; dan |
(v) |
permohonan hendaklah menggunakan borang SARAUBAT JPA (RPS) seperti di lampiran; dan |
(vi) |
permohonan diluluskan oleh JPA, Bahagian Saraan. |
10. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri dilaksanakan mengikut tatacara berikut -
(i) |
mendapat rawatan di hospital Kerajaan; dan |
(ii) |
rawatan khas diperlukan dan tidak diperolehi di dalam negeri; dan |
(iii) |
pengesahan Lembaga Perubatan mengenai (ii) di atas; dan |
(iv) |
perakuan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa rawatan sedemikian tiada pada Kerajaan; dan |
(v) |
permohonan hendaklah menggunakan borang SARAUBAT JPA (RLN) seperti di lampiran; dan |
(vi) |
permohonan diluluskan oleh Jemaah Pegawai Bagi Rawatan di Luar Negeri. |
mukasurat 4