3. Walau bagaimanapun terdapat keadaan di mana hospital/klinik Kerajaan tidak dapat membekal atau menyediakan beberapa kemudahan perubatan dengan sepenuhnya. Untuk mengatasinya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan tersebut dan pembayaran dibuat oleh Jabatan yang berkenaan. Namun pelaksanaan kemudahan ini di samping beberapa kemudahan perubatan lain tidak disertakan dengan tatacara pelaksanaan yang terperinci.
4. Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan jentera pentadbiran di samping menjaga kebajikan anggota, pesara dan keluarga serta ibu bapa anggota Perkhidmatan Awam, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan kemudahan perubatan mengikut tatacara yang ditetapkan dalam Pekeliling ini.
PELAKSANAAN
5. Mereka yang layak mendapat kemudahan perubatan ialah-
(i) |
anggota dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen mengikut Perintah Am 1(vi) Bab F; |
(ii) |
keluarga anggota dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen mengikut Perintah Am 1(iii) Bab F; dan |
(iii) |
ibu bapa yang sah bagi anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993, terhad kepada kemudahan perubatan tertentu. |
6. Permohonan perbelanjaan bagi ubat, alat ortopedik dan anggota palsu (artificial limbs), perkhidmatan perubatan dan rawatan penyakit buah pinggang [Hemodialisis/Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)] dilaksanakan mengikut tatacara berikut -
(i) |
mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan; dan |
(ii) |
kemudahan yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan; dan |
mukasurat 2