78. Elaun Pemangkuan
Rujukan : Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993
Syarat dan Kadar
Syarat :
Pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas jawatan
yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama secara sepenuh masa selama 28 hari
berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas
sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul tidak melebihi 6 hari bekerja.
Kadar :
Perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang
dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat
(i)
perbezaan itu tidak kurang
daripada satu pergerakan gaji secara mendatar di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan
gaji, Elaun Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas
tanggagaji jawatan yang dipangku; dan
(ii)
sekiranya gaji hakiki seseorang
pegawai itu sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun
Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji secara mendatar di atas tanggagaji jawatan
yang dipangku.
Agensi Terlibat : Pelbagai Agensi