Menu
RSS

You are here:Direktori»Helpdesk Level -0 SUK»HRMIS - Pentadbir Sistem

Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2015

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menganjurkan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2015 pada 30 November dan 1 Disember 2015 bertempat di Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya.


Seramai 500 orang peserta telah dijemput terdiri daripada Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus-pengurus Sumber Manusia, Pengurus-pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pegawai-pegawai HRMIS dikalangan agensi yang dikenakan KPI HRMIS. Selain itu, turut dijemput adalah pegawai-pegawai HRMIS daripada Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih. Tema persidangan program pada kali ini adalah “‪#‎HRMISuntuksemua‬”.

 

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS dan Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2014 (Slaid Pembentangan)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Tahun 2014
Tarikh         : 29 September 2014
Tempat       : Hotel Equatorial, Melaka
Pengerusi    : YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
                    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MALAYSIA

Slaid Pembentangan
i. Kertas Makluman : Pencapaian Pelaksanaan dan Keputusan KPI HRMIS Tahun 2013 bagi Kementerian/ Agensi dan PSUK
ii. Kertas Makluman : Kriteria Penilaian KPI HRMIS Tahun 2014 bagi Kementerian/ Agensi dan PSUK
iii. Kertas Cadangan : Peluasan Skop Penilaian KPI HRMIS Tahun 2015 bagi Kementerian/ Agensi dan PSUK
iv. Kertas Makluman : Pelaksanaan HRMIS 2.0

 

Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2014
Tarikh               : 29 – 30 September 2014
Tempat             : Hotel Equatorial, Melaka
Perasmian Oleh : YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
                          Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MALAYSIA

Slaid Pembentangan
i. Amalan Terbaik dalam Pengurusan Sumber Manusia
       - Kertas pembentangan 1
       - Kertas pembentangan 2
ii. Keselamatan Data

Baca Selanjutnya...

Program HRMIS User Group Summit 2014 (HUGS 2014)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan program HRMIS User Group Summit 2014 (HUGS 2014) seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 hingga 30 September 2014 (Isnin – Selasa)
Tempat : Hotel Equatorial, Melaka

 

Antara objektif program adalah:
I. Meningkatkan kefahaman dan kepentingan pengurusan sumber manusia secara berkomputer dalam sesebuah organisasi;
II. Perkongsian pengalaman pengurusan sumber manusia di antara sektor swasta dan agensi Kerajaan;
III. Meningkatkan kefahaman dan kepentingan keselamatan data;
IV. Memberi penerangan status terkini pembangunan dan hala tuju sistem HRMIS yang baharu; dan
V. Mempromosikan HRMIS serta memupuk persepsi positif pengguna terhadap HRMIS
Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (23) bertarikh 9 September 2014 dan Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (37) bertarikh 22 September 2014 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan bagi agensi yang di KPI kan pada tahun 2014 .

MUAT TURUN: Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (23) bertarikh 9 September 2014

MUAT TURUN: Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (37) bertarikh 22 September 2014

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed