Tarikh Akhir Penilaian KPI HRMIS Tahun 2018
- Published in Makluman Semasa
Untuk makluman, tiada penutupan menu Permohonan Cuti semasa tempoh Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Jana Kelayakan Cuti.
Pemilik Kompetensi dan Pentadbir Cuti dipohon agar dapat mengambil perhatian berkenaan perkara-perkara berikut:
a) Tiada lagi keperluan untuk melaksanakan Permohonan Cuti serta Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan secara manual menggunakan borang hard copy.
b) Pastikan semua permohonan Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas dan permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan dilaksanakan melalui fungsi permohonan dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.
c) Pastikan semua proses Pindaan/ Pembatalan Cuti dilaksanakan melalui fungsi Pindaan/Pembatalan Cuti dan bukannya melalui fungsi Data Sejarah oleh Pentadbir Cuti.
d) Jadual pelaksanaan bagi Permohonan GCR dan Cuti Dibawa Ke Hadapan serta Menjana Kelayakan Cuti adalah mengikut kesesuaian agensi masing-masing.
Kamus Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator-Kpi) Hrmis Tahun 2018 Bagi 49 Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (Pptpa) Tier 1 Dan 4 Setiausaha Kerajaan Negeri (Suk) Johor, Kedah, Kelantan Dan Terengganu
Perhatian kepada: |
Semua Agensi Pengguna HRMIS |
Penambahbaikan: |
Pewujudan dan Pengemaskinian Maklumat Anggota Bukan Perkhidmatan Awam (ABPA) |
Keterangan: |
Sukacita dimaklumkan bahawa fungsi ABPA telah diwujudkan di HRMIS bagi membolehkan ABPA mengambil tindakan transaksi di dalam HRMIS.
Pentadbir HRMIS Agensi/ Kementerian perlu mewujudkan dan mengemaskini maklumat ABPA melalui fungsi:
Pentabiran Sistem -> Penyelenggaraan Rekod-> APBA -> Cari/ Tambah Rekod ABPA (Sila Rujuk Lampiran)
Bagi tujuan penggunaan penambahbaikan ini, Pentadbir HRMIS Agensi perlu mewujudkan dan mengemaskini maklumat peribadi, maklumat perkhidmatan, maklumat peranan serta mengaktifkan ID ABPA di dalam Aplikasi HRMIS 2.0 sebelum menggunakan fungsi pelaksanaan transaksi SKT dan LNPT bagi ABPA tersebut.
|
Lampiran Manual Pengguna: |
Seperti di lampiran
|
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui: |
Talian telefon : 03-83211400
|
Dimaklumkan bahawa menu Submodul Pengurusan Saraan - Fungsi Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8) kini telah aktif di HRMIS2.0. Menu ini boleh dicapai oleh Pentadbir Agensi dengan peranan sedia ada.
Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan Pentadbir Saraan melaksanakan proses Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8) di pelbagai platform selain Internet Explorer.
Bersama-sama ini disertakan lampiran capaian menu Pengurusan Saraan - Fungsi Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (kew.8) yang diperlukan.
Perhatian kepada: |
Semua Agensi Pengguna HRMIS |
Modul : |
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) HRMIS |
Keterangan : |
Sukacita dimaklumkan bahawa satu penambahbaikan laporan baru iaitu Senarai Maklumat Kursus Diperlukan telah ditambah di persekitaran HRMIS 2.0 dan laporan ini boleh dicapai oleh pentadbir agensi yang mempunyai peranan kod [483] PM-Administrator.
Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan Pentadbir Agensi mendapatkan senarai maklumat kursus diperlukan yang telah diisi oleh Pegawai Yang Dinilai semasa proses penilaian LNPT.
|
Lampiran Capaian: |
|
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui: |
Talian telefon : 03-83211400 |
Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah membangunkan Sistem Helpdesk JPA yang baharu yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA. Pembangunan sistem ini merupakan inisiatif baharu JPA dalam memberi kemudahan pengurusan aduan aplikasi ICT JPA dengan cekap dan telus. Antara kelebihan SPMB adalah:
a) Menggunakan ID dan kata laluan HRMIS;
b) Pengurusan aduan atas talian secara end-to-end;
c) Paparan responsif untuk semua jenis peralatan seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit;
d) Pemantauan aduan boleh dibuat pada setiap peringkat status tindakan;
e) Kemudahan peringatan kepada pengguna untuk tindakan susulan; dan
f) Pemantauan Key Performance Indicator (KPI) penyelesaian aduan yang lebih efisen.
Perlaksanaan penggunaan SPMB akan bermula secara rasminya pada 1 Jun 2018 (Jumaat). Oleh itu, kerjasama tuan/puan adalah diperlukan bagi membantu mempromosikan penggunaan sistem ini ke seluruh peringkat kementerian dan agensi di bawah tuan/puan melalui hebahan poster seperti di Lampiran.
Bagi memudahkan penggunaan kepada sistem ini, Manual Pengguna Pemilik Kompetensi, Pentadbir HRMIS Agensi dan Pentadbir HRMIS Kementerian boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
a) Menu di dalam SPMB;
b) Portal HRMIS di bawah Menu Muat Turun; atau
c) Pautan https://bit.ly/spmb_jpa.