Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»HRMIS - Items filtered by date: Disember 2012

HRMIS - Items filtered by date: Mei 2018

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA

Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah membangunkan Sistem Helpdesk JPA yang baharu yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA. Pembangunan sistem ini merupakan inisiatif baharu JPA dalam memberi kemudahan pengurusan aduan aplikasi ICT JPA dengan cekap dan telus. Antara kelebihan SPMB adalah:

 

a)    Menggunakan ID dan kata laluan HRMIS;

b)    Pengurusan aduan atas talian secara end-to-end;

c)    Paparan responsif untuk semua jenis peralatan seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit;

d)    Pemantauan aduan boleh dibuat pada setiap peringkat status tindakan;

e)    Kemudahan peringatan kepada pengguna untuk tindakan susulan; dan

f)     Pemantauan Key Performance Indicator (KPI) penyelesaian aduan yang lebih efisen.

 

Perlaksanaan penggunaan SPMB akan bermula secara rasminya pada 1 Jun 2018 (Jumaat). Oleh itu, kerjasama tuan/puan adalah diperlukan bagi membantu mempromosikan penggunaan sistem ini ke seluruh peringkat kementerian dan agensi di bawah tuan/puan melalui hebahan poster seperti di Lampiran.

 

Bagi memudahkan penggunaan kepada sistem ini, Manual Pengguna Pemilik Kompetensi, Pentadbir HRMIS Agensi dan Pentadbir HRMIS Kementerian boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

 

a)    Menu di dalam SPMB;

b)    Portal HRMIS di bawah Menu Muat Turun; atau

c)    Pautan https://bit.ly/spmb_jpa.

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed