Menu
RSS

You are here:Informasi HRMIS»Promo»HRMIS 2.0

Pemakluman Berkaitan Aktiviti Pengujian Prestasi Aplikasi HRMIS 2.0 Siri Kedua

Pemakluman Berkaitan Aktiviti Pengujian Prestasi Aplikasi HRMIS 2.0 Siri Kedua

Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

2. Seperti mana Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan sedia maklum, aktiviti Pengujian Prestasi HRMIS 2.0 (Stress Test) yang pertama telah dilaksanakan pada 27 Januari 2015 bagi menilai tahap prestasi aplikasi ini sebelum pelancarannya. Di atas kerjasama yang diberikan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

3. Bagi menguji kestabilan infrastruktur HRMIS 2.0 sebelum dilancarkan, JPA berhasrat untuk melaksanakan sesi pengujian buat kali kedua melalui pengisian maklumat Senarai Kerja Tahunan (SKT) dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 40,000 orang penjawat awam sebagai sampel penilaian. Sehubungan itu, kerjasama pihak Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan adalah dipohon untuk menguar-uarkan mengenai aktiviti Pengujian HRMIS 2.0 kali kedua ini kepada agensi-agensi di bawah tanggungjawab Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 12 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 5:00 petang


Tindakan Pemilik Kompetensi :

i. Mengakses Aplikasi HRMIS 2.0 melalui URL berikut :
http://testing.jpa.gov.my/hrmis
ii. Login ke Aplikasi HRMIS 2.0
iii. Mengisi maklumat Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
(Rujuk Panduan Pengguna di lampiran)
ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan Pengguna
Kata Laluan : Kata Laluan Sebenar HRMIS
Aplikasi/ Peranti Capaian : Komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar dan tablet serta melalui pelbagai pelayar iaitu Internet Explorer (versi 10 dan ke atas), Mozilla Firefox (versi 30 dan ke atas), Chrome (versi 39 dan ke atas) dan Safari (versi 5 dan ke atas)
Catatan : Aktiviti pengujian HRMIS 2.0 melalui pengisian SKT ini tidak akan menjejaskan data sebenar HRMIS kerana ia dilaksanakan dalam persekitaran server pengujian sahaja

4. Bersama-sama pemakluman ini juga turut disertakan panduan untuk melaksanakan Fungsi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Aplikasi HRMIS 2.0. Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti pengujian ini boleh diajukan kepada pegawai berikut:


i. Pasukan Helpdesk HRMIS JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-8885 3900

ii. Encik Ruhaimi Bin Che Jusoh
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-83164008

iii. Encik Ahmad Faizal Bin Ishak
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-83164023

Perhatian dan kerjasama Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam menjayakan aktiviti pengujian ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian

MUAT TURUN - PANDUAN MENGAKSES APLIKASI HRMIS 2.0 

http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/mprestasi/skt/PANDUAN-MENGAKSES-APLIKASI-HRMIS2.pdf

Last modified onRabu, 18 Mac 2015 17:05
back to top