Menu
RSS

You are here:Informasi HRMIS»Promo»HRMIS 2.0

Pelarasan Maklumat Cuti Di HRMIS Sempena Cuti Umum 31 Disember 2010 Featured

Berikutan perisytiharan cuti umum pada 31 Disember 2010 (Jumaat), JPA akan menyelaraskan pengemaskinian maklumat cuti ini di HRMIS. Sehubungan dengan itu, bagi pegawai perkhidmatan awam yang telah memohon dan diluluskan penggunaan kemudahan cuti rehat pada tarikh tersebut, kelulusan berkenaan adalah dengan ini tidak terpakai...

Jumlah kemudahan cuti rehat yang pegawai berkelayakan tidak akan ditolak dengan bilangan cuti umum tersebut. Sekiranya pegawai bercadang untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada 3 Januari 2011 (Isnin), pegawai adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru kepada ketua jabatan dan ketua jabatan bolehlah mempertimbangkan permohonan tersebut mengikut budi bicara masing-Masing, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Last modified onJumaat, 08 April 2011 09:12
back to top