Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Pelaksanaan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA

Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS pada Akhir Tahun 2010 kepada Pentadbir Cuti Peringkat Kementerian/SUK/Agensi Featured

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah mengeluarkan satu panduan aktiviti perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun sebagai rujukan kepada Kementerian, SUK dan Agensi.

Adalah dinasihatkan agar semua Pentadbir Cuti dan juga Unit HRMIS di Agensi menggunakan panduan ini sebagai rujukan agar proses perlaksanaan Cuti HRMIS berjalan dengan lancar. Selain itu satu jadual aktiviti penjanaan kelayakan cuti juga telah dikeluarkan sebagai panduan kepada Kementerian/SUK/Agensi untuk melakukan proses penjanaan cuti.
 
Dimaklumkan juga bahawa satu penambahbaikan bagi fungsi permohonan GCR telah dilakukan. Proses Permohonan GCR tidak lagi dihadkan waktu permohonan pada hujung tahun. Sistem HRMIS telah ditambahbaik dan pemohon boleh memohon GCR 2010 pada awal tahun 2011 selagi proses penjanaan kelayakan cuti 2011 tidak dilakukan oleh pentadbir cuti. Panduan Permohonan GCR yang baru akan dimuatnaik ke dalam portal pembelajaran modul/submodul dalam masa terdekat.
 
Satu sesi Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Pada Akhir Tahun 2010 kepada Pentadbir Cuti akan diadakan pada 8 dan 9 November 2010. Satu faks jemputan taklimat akan dihantar kepada Kementerian dan SUK dalam masa terdekat.
 
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai berikut:
 
Puan Nurul Aishah Binti Karis
Penolong Pengarah
Cawangan Aplikasi Sistem
Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03-8316 4377
 
atau
 
Puan Aznida Binti Abdul Aziz
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Cawangan Aplikasi Sistem
Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
03-8316 4385
 
 
 Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2011
 
 Aliran Proses Hujung Tahun 2010
 
 Panduan Aktiviti Hujung Tahun Submodul Pengurusan Cuti
 

Last modified onJumaat, 08 April 2011 09:13
back to top