Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Pemakluman: Pengurusan Cuti Rehat Bagi Tahun 2017 & 2018

Jemputan Latihan Terbuka HRMIS 2010 Featured

JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN TERBUKA HRMIS TAHUN 2010 ANJURAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah menerima sebanyak 21 permohonan latihan modul/submodul HRMIS daripada kementerian dan 7 permohonan daripada SUK melibatkan 922 orang peserta bagi Latihan Terbuka ini...

Semua permohonan yang diterima telah diselaraskan berdasarkan prasyarat yang ditetapkan serta berkonsepkan “First Come First Serve” seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.
 
Dengan pelaksanaan konsep ini, sila ambil maklum bahawa permohonan tuan/puan tidak semestinya akan mengikut sesi yang telah dipohon kerana JPA telah menyelaraskan semua sesi berdasarkan permohonan dan mengikut kekosongan sedia ada. Bagi mana-mana kementerian/SUK/agensi yang tidak disenaraikan, JPA akan menganjurkan beberapa sesi lain selain daripada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan untuk latihan terbuka ini.
 
Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengambil maklum tarikh dan sesi yang mana pihak tuan/puan terlibat dan memanjangkan makluman ini kepada agensi di bawah tanggungjawab masing-masing. Senarai penuh nama peserta yang terpilih untuk menyertai sesi latihan terbuka ini adalah seperti di lampiran. Masa, tempat dan dokumen yang perlu dibawa adalah seperti dibawah :
 
Tempat :
 
Bilik Latihan, Aras 2
Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia                                                                
Bangunan MKN-Embassy Techzone                                                                
Blok A, No. 3200, Jalan Teknokrat 2                                                                
63000 Cyberjaya, SELANGOR          
 
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang                                                      
                                                     
Dokumen yang perlu dibawa :
 
1. Pengurusan Cuti – penyata cuti tahunan semasa dan sebelum
2. Penamatan Perkhidmatan  - senarai pegawai yang akan bersara
3. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan – contoh SKT yang terkini
 
Semua aturcara yang berkaitan akan dikemukakan semasa sesi latihan kelak.
 
Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
 
i. Encik Mohd. Hazli bin Ahmad @ Adnan
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan dan Perhubungan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 03-83164035; atau
 
ii. Puan Noor Hafiza binti Mat Tahir
Penolong Pengarah
Sektor Pembangunan dan Perhubungan Pelanggan
Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / 03-83164315
 
Muat turun Senarai Nama Peserta Latihan Terbuka Modul/Submodul HRMIS 2010


 

Last modified onJumaat, 08 April 2011 09:23
back to top