Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Hrmis Bagi Tahun 2017

Sudut Forum Rasmi HRMIS Featured

Sudut forum ini telah diaktifkan, sila rujuk polisi cara penggunaan forum seperti berikut:

PERATURAN PENGGUNAAN FORUM HRMIS


Sekiranya anda telah mendaftar pada forum ini, anda hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap penghantaran mesej ke ruang forum ini.
Pentadbir dan moderator forum akan memastikan setiap topik yang dibincangkan mestilah sah sebelum dipaparkan pada board forum.
Moderator berhak memaparkan setiap mesej yang dihantar oleh anda malah berhak memadam, mengemaskini dan mengubah mesej tersebut di atas sebab-sebab tertentu.
Selain daripada peraturan di atas, anda perlulah memahami garis panduan umum dan etika tentang penggunaan Forum HRMIS seperti yang tertera di bawah. Tindakan akan diambil dan akaun anda akan dibatalkan sekiranya anda melanggar etika dan peraturan forum HRMIS ini.


ETIKA YANG PERLU DIPATUHI DI DALAM FORUM

1. Peraturan Penghantaran Mesej

1.1 Memilih topik yang sesuai untuk menghantar soalan. Moderator berhak untuk mengubah dan memindahkan kepada forum / topik yang lebih sesuai;
1.2 Sebelum menghantar mesej, anda perlu melihat pada forum bagi memastikan sama ada soalan anda telah dibincangkan, dijawab mahupun telah ambil tindakan;
1.3 Menggunakan tajuk mesej yang bersesuaian untuk merumuskan keseluruhan kandungan mesej anda;
1.4 Tidak boleh menggunakan perkataan “Segera” atau “Penting” di dalam perkara yang di tanya. Ini kerana setiap penghantaran adalah dianggap penting;
1.5 Sebarang mesej personal akan ditapis dan akan dipadamkan tanpa sebarang makluman;
1.6 Sekiranya anda membuat kesalahan semasa penghantaran mesej, anda bolehlah menggunakan fungsi “edit”; dan
1.7 Sekiranya anda tidak pasti bagi suatu penghantaran mesej, anda bebas untuk bertanya salah seorang moderator sebelum menghantarnya.


2. Peraturan Komuniti

2.1 Forum ini bertindak sebagai satu komuniti apabila pengguna saling berkongsi maklumat dan membantu antara satu sama lain;
2.2 Semua pengguna hendaklah bersabar dalam menggunakan forum ini kerana semua pengguna forum berkemungkinan menggunakan forum ini dan berbincang mengikut keselesaan mereka;
2.3 Sila memberi maklum balas sekiranya jawapan kepada soalan anda telah dijawab ini kerana bagi memastikan keberkesanan perkara itu;
2.4 Anda hendaklah menyatakan terima kasih atas pemasalahan yang telah selesai; dan
2.5 Ruangan forum ini bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mahupun menghina. Sekiranya anda mahu meluahkan sesuatu ketidak puasan pada forum ini, anda adalah dibenarkan sekiranya menggunakan bahasa yang bersesuaian. Sebarang kekasaran bahasa tidak akan diterima dan dimaafkan.


3. Perkara Dilarang

3.1 Tidak menghantar ’Spam’ - Tidak dibenarkan mengedarkan iklan pada forum melainkan anda mendapat kebenaran;
3.2 Tidak dibenarkan untuk mengedar dan menggunakan bahasa kurang sopan, menghasut dan menyebarkan fitnah di dalam forum;
3.3 Tidak melanggar undang-undang – Tidak dibenarkan untuk menghantar bahan yang tertakluk kepada hakcipta ataupun pautan kepada laman yang mengandungi perisian yang menyalahi undang-undang;
3.4 Sekiranya anda melakukan salah satu kesalahan di atas mesej, maka pentadbir forum berhak memadamkan mesej anda dan ’banned’ akaun anda serta menghalang capaian IP anda ke laman forum ini; dan
3.5 ’Signatures’ hendaklah ringkas dan hanya mengandungi imej yang kurang daripada 80px-15px.


4. Peraturan, Moderator dan Pentadbiran

4.1 Hanya pentadbir forum ini sahaja berhak mengubah peraturan bagi Forum HRMIS ini;
4.2 Bagi memastikan pengguna forum ini mengikut peraturan yang ditetapkan, moderator akan sentiasa memantau forum berkenaan;
4.3 Penerbit forum ini memberi tanggungjawab kepada pentadbir sistem bagi segala urusan berkaitan pentadbiran sistem manakala pentadbir sistem pula akan memberi tanggungjawab kepada moderator untuk memantau forum ini. Moderator ini mempunyai hak bagi forum yang diselia oleh mereka bagi memastikan hanya isi kandungan yang bersesuaian sahaja akan dipaparkan pada forum;
4.4 Moderator boleh menambah dan mengubah peraturan yang bersesuaian dengan forum; dan
4.5 Sekiranya anda mendapati moderator menyalahguna kuasa, anda boleh melaporkan kepada pihak pentadbiran.

Akhir kata;Sudut Forum Rasmi HRMIS

Selamat berforum dan selamat membantu antara satu sama lain.
Anda bolehlah berhubung dengan pihak pentadbir sekiranya anda tidak jelas dengan peraturan yang ditetapkan.

KLIK DISINI UNTUK KE FORUM HRMIS.

Last modified onJumaat, 08 April 2011 09:24
back to top