Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»HRMIS - Items filtered by date: Disember 2012
Makluman Semasa

Makluman Semasa (133)

PERTUKARAN TARIKH: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2012

Dimaklumkan bahawa berlaku perubahan kepada hari dan tempat Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2012 yang pada mulanya telah dijadualkan pada 26 Julai 2012 seperti butiran di bawah:

Tarikh : 27 Julai 2012 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
Presint 5, Putrajaya.

Pengerusi : YBrs. Tuan Haji Kamarudin bin Tahir
Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA


Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/ Dr./ YM/ Tuan/ Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Segala kesulitan berikutan perubahan yang tidak dapat dielakkan ini adalah amat dikesali.

Baca Selanjutnya...

Permohonan Perkongsian Data HRMIS

Sektor integrasi telah melaksanakan pembangunan perkongsian data HRMIS dengan menggunakan fungsi web services. Sehubungan itu, sektor integrasi telah menyediakan beberapa dokumen sebagai panduan bagi pihak agensi untuk berkongsi data dengan HRMIS. Dokumen yang dilampirkan adalah seperti berikut:

1) Kertas Perkongsian Data HRMIS

2) Garispanduan Pelaksanaan Perkongsian Data HRMIS

3) Lampiran A - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah SRS dan A/muka Integrasi (Web services)

4) Lampiran B - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah Peralihan Data (DC Tools)

5) Lampiran C - Senarai Elemen Jadual Rujukan HRMIS

6) Lampiran Borang Permohonan Perkongsian Data HRMIS

7) Manual Pengguna Perkongsian Data

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 April 2012

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pengerusi : YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia)

Surat jemputan rasmi bertarikh 22 Mac 2012 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :

Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah

(e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Tel: 03-8316 4316)

atau

Cik Siti Azura Binti Khairruddin

(e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Tel: 03-8316 4353)

Baca Selanjutnya...

Makluman: Keutamaan Penggunaan Aplikasi HRMIS Berdasarkan Keperluan Semasa

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 6.00 petang, 30 Disember 2011 (Jumaat), capaian kepada Aplikasi HRMIS akan dihadkan kepada 4 modul/submodul sahaja iaitu SKT*, LNPT, CUTI dan Pentadbiran Sistem. Ini dilakukan untuk memberi keutamaan akses kepada modul/submodul tersebut sahaja.

*Bagi pelaksanaan submodul LNPT bagi fungsi SKT, sekirannya CO tidak berjaya untuk menghantar SKT 2011 kepada pegawai penilai untuk pengesahan, adalah memadai bagi CO untuk menyimpan SKT yang telah dilengkapkan di HRMIS.

Sekiranya terdapat keperluan akses kepada modul/submodul lain, sila hubungi Helpdesk HRMIS bagi mendapatkan bantuan. Perlaksanaan penutupan modul/submodul HRMIS selain di atas adalah untuk sementara dan pembukaan semula akan diumumkan secara rasmi pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed