Menu
RSS

You are here:Galeri»Audio»HRMIS - Displaying items by tag: KPI
Makluman Semasa

Makluman Semasa (131)

Program HRMIS User Group Summit 2014 (HUGS 2014)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menganjurkan program HRMIS User Group Summit 2014 (HUGS 2014) seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 hingga 30 September 2014 (Isnin – Selasa)
Tempat : Hotel Equatorial, Melaka

 

Antara objektif program adalah:
I. Meningkatkan kefahaman dan kepentingan pengurusan sumber manusia secara berkomputer dalam sesebuah organisasi;
II. Perkongsian pengalaman pengurusan sumber manusia di antara sektor swasta dan agensi Kerajaan;
III. Meningkatkan kefahaman dan kepentingan keselamatan data;
IV. Memberi penerangan status terkini pembangunan dan hala tuju sistem HRMIS yang baharu; dan
V. Mempromosikan HRMIS serta memupuk persepsi positif pengguna terhadap HRMIS
Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (23) bertarikh 9 September 2014 dan Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (37) bertarikh 22 September 2014 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan bagi agensi yang di KPI kan pada tahun 2014 .

MUAT TURUN: Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (23) bertarikh 9 September 2014

MUAT TURUN: Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.4 (37) bertarikh 22 September 2014

Baca Selanjutnya...

Taklimat Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Bagi Tahun 2014

Dimaklumkan Taklimat Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Bagi Tahun 2014 telah diadakan seperti butiran berikut:


Tarikh: 20 Ogos 2014 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Auditorium Aras 4,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Blok C1, Kompleks C, Putrajaya.


Penyertaan: Dua (2) orang pegawai sumber manusia yang menguruskan Data Perjawatan, Pengurusan Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan;data perjawatan, perisytiharan harta dan prestasi. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi memberi pencerahan kepada pegawai sumber manusia yang akan menjalankan KPI. Surat JPA.BPM(S)226/7 Klt.3(25) bertarikh 8 Ogos 2014 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan . Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :

i. Puan Zaidatul Akhmar binti Kamarudzaman
(Tel: 03-8316 4035, e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)


ii. Puan Azura Hanim binti Hamzah
(Tel: 03-8316 4321, e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)


iii. Cik Siti Azura binti Khairruddin
(Tel: 03-8316 4353, e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Muat Turun : Taklimat Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama 2014

Baca Selanjutnya...

Nota Taklimat Fungsi Kebenaran Keluar Pejabat

Fungsi Kebenaran Keluar Pejabat kini boleh dicapai di bawah Submodul Pengurusan Cuti. Fungsi ini diwujudkan berdasarkan berdasaran Surat Edaran Peraturan Mengenai Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G- Mematuhi Waktu Bekerja (http://www.jpa.gov.my/docs/se/2009/se14122009.pdf)

Nota Taklimat Kebenaran Keluar Pejabat

Baca Selanjutnya...

Kelangsungan Program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Kelangsungan Program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Seperti mana yang diketahui, JPA akan menganjurkan Program HRMIS Group Summit 2013 (HUGS 2013) pada 16 hingga 18 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) Kuantan, Pahang. Berikutan kejadian banjir yang melanda Negeri Pahang khususnya Kuantan baru-baru ini, pihak urus setia telah menerima banyak pertanyaan daripada peserta sama ada program berkenaan akan diteruskan ataupun ditangguhkan.

2. Untuk makluman, setelah mengambil kira situasi banjir dan keadaan cuaca terkini (pada 9 Disember 2013, Isnin), dimaklumkan bahawa Pengurusan Atasan JPA bersama-sama Pengurusan Atasan PSUK Negeri Pahang telah bersetuju agar program ini diteruskan seperti yang telah dijadualkan. Bersama-sama ini disertakan Kad Jemputan ke Majlis Perasmian dan Makan Malam Program HUGS 2013 untuk rujukan. Kepada jemputan yang membawa kenderaan sendiri, kemudahan parkir disediakan dengan kadar bayaran RM2 setiap kali masuk.

Bersama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa banjir dan berharap agar program HUGS 2013 ini berjalan dengan lancar.

 

Baca Selanjutnya...

Program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang akan menganjurkan program HRMIS User Group Summit 2013 (HUGS 2013) seperti butiran berikut :

Tarikh : 16 hingga 18 Disember 2013 (Isnin – Rabu)
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang

Antara objektif program adalah:
i. Memperkenalkan transformasi dalam pengurusan sumber manusia sektor awam;
ii. Meningkatkan kefahaman dan kepentingan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi;
iii. Memberi penerangan status terkini pembangunan dan hala tuju sistem HRMIS yang baharu;
iv. berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan sumber manusia dengan pihak swasta

Surat JPA.BPM 146/20/20 Klt.3 (29) bertarikh 14 November 2013 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan bagi agensi yang di KPI kan pada tahun 2013 .

Muat Turun : Surat Jemputan Peserta HUGS 2013

Baca Selanjutnya...

Capaian kepada http://janacuti.eghrmis.gov.my bagi aktiviti penjanaan kelayakan cuti 2014

Dimaklumkan bahawa Menu Kelayakan Cuti hanya boleh dicapai di server http://janacuti.eghrmis.gov.my bermula 28 November 2013 sehingga 31 Disember 2013. Selain itu terdapat pindaan tarikh terhadap Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2014 serta Carta Alir Pre Post Penjanaan Kelayakan Cuti 2014. Semua aktiviti Permohonan dan Kelulusan Cuti hendaklah diselesaikan pada 13 Disember 2013 sebelum Permohonan GCR boleh dibuat. Sila rujuk hyperlink di bawah untuk maklumat lanjut. 
http://www.eghrmis.gov.my/index.php/home/makluman-semasa/item/387-pindaan-tarikh-pada-jadual-penjanaan-kelayakan-cuti-2014-dan-carta-alir-pre-post-penjanaan-kelayakan-cuti-2014 .html

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed