Menu
RSS

Makluman Semasa

Makluman Semasa (116)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bilangan 1 Tahun 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bilangan 1 Tahun 2015 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 April 2015 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi -12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Serbaguna Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

 

Slaid Pembentangan Kertas Makluman adalah seperti berikut:

i) Kertas 1:
Pencapaian Pelaksanaan dan Keputusan KPI HRMIS Tahun 2014 bagi Kementerian/Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

ii) Kertas 2:
Projek Rintis: Peluasan HRMIS di Agensi-agensi Kerajaan Negeri Sembilan

iii) Kertas 3:
Kajian Penambahbaikan Kemajuan Kerjaya Perkhidmatan Awam –Penggunaan Data HRMIS Secara Strategik

iv) Kertas 4:
HRMIS 2.0: Lonjakan Ke Hadapan

Galeri Gambar Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS

 

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja & Pemantauan HRMIS Bil.1/2015

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2015 diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 April 2015 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 8
              Blok C1, Kompleks C
              Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
              62510 W.P Putrajaya


Slaid Pembentangan adalah seperti berikut :-

1) KPI HRMIS 2015
2) Pemurnian Data HRMIS
3) Status Perjawatan dan Pengisian Mengikut Agensi
4) Status Pengesahan Maklumat Rekod Peribadi Agensi
5) Tahap Penggunaan HRMIS

 

Baca Selanjutnya...

Pemakluman Berkaitan Aktiviti Pengujian Prestasi Aplikasi HRMIS 2.0 Siri Kedua

Pemakluman Berkaitan Aktiviti Pengujian Prestasi Aplikasi HRMIS 2.0 Siri Kedua

Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

2. Seperti mana Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan sedia maklum, aktiviti Pengujian Prestasi HRMIS 2.0 (Stress Test) yang pertama telah dilaksanakan pada 27 Januari 2015 bagi menilai tahap prestasi aplikasi ini sebelum pelancarannya. Di atas kerjasama yang diberikan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

3. Bagi menguji kestabilan infrastruktur HRMIS 2.0 sebelum dilancarkan, JPA berhasrat untuk melaksanakan sesi pengujian buat kali kedua melalui pengisian maklumat Senarai Kerja Tahunan (SKT) dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 40,000 orang penjawat awam sebagai sampel penilaian. Sehubungan itu, kerjasama pihak Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan adalah dipohon untuk menguar-uarkan mengenai aktiviti Pengujian HRMIS 2.0 kali kedua ini kepada agensi-agensi di bawah tanggungjawab Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 12 Mac 2015 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 5:00 petang


Tindakan Pemilik Kompetensi :

i. Mengakses Aplikasi HRMIS 2.0 melalui URL berikut :
http://testing.jpa.gov.my/hrmis
ii. Login ke Aplikasi HRMIS 2.0
iii. Mengisi maklumat Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
(Rujuk Panduan Pengguna di lampiran)
ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan Pengguna
Kata Laluan : Kata Laluan Sebenar HRMIS
Aplikasi/ Peranti Capaian : Komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar dan tablet serta melalui pelbagai pelayar iaitu Internet Explorer (versi 10 dan ke atas), Mozilla Firefox (versi 30 dan ke atas), Chrome (versi 39 dan ke atas) dan Safari (versi 5 dan ke atas)
Catatan : Aktiviti pengujian HRMIS 2.0 melalui pengisian SKT ini tidak akan menjejaskan data sebenar HRMIS kerana ia dilaksanakan dalam persekitaran server pengujian sahaja

4. Bersama-sama pemakluman ini juga turut disertakan panduan untuk melaksanakan Fungsi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Aplikasi HRMIS 2.0. Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti pengujian ini boleh diajukan kepada pegawai berikut:


i. Pasukan Helpdesk HRMIS JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-8885 3900

ii. Encik Ruhaimi Bin Che Jusoh
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-83164008

iii. Encik Ahmad Faizal Bin Ishak
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-83164023

Perhatian dan kerjasama Yang Berbahagia Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam menjayakan aktiviti pengujian ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian

MUAT TURUN - PANDUAN MENGAKSES APLIKASI HRMIS 2.0 

http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/mprestasi/skt/PANDUAN-MENGAKSES-APLIKASI-HRMIS2.pdf

Baca Selanjutnya...

Pemakluman Berkaitan Aktiviti Pengujian (Stress Test) Aplikasi HRMIS 2.0

YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

AKTIVITI PENGUJIAN (STRESS TEST) APLIKASI HRMIS 2.0

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Pengujian (Stress Test) Aplikasi HRMIS 2.0 bagi menilai tahap prestasi HRMIS 2.0 sebelum pelancarannya. Aktiviti pengujian ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 petang hingga 4.00 petang
Tindakan Pemilik Kompetensi : Mengakses Aplikasi HRMIS 2.0 melalui URL berikut : 
     http://testing.jpa.gov.my/hrmis31 
ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan Pengguna
Kata Laluan : Kata Laluan Sebenar HRMIS

Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, HRMIS 2.0 boleh dicapai melalui pelbagai pelayar iaitu Internet Explorer (versi 10 dan ke atas), Mozilla (versi 30 dan ke atas), Chrome (versi 39 dan ke atas) dan Safari (versi 5 dan ke atas). Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk bersama-sama melaksanakan pengujian HRMIS 2.0 ini berdasarkan peranan di dalam HRMIS sedia ada. Untuk makluman, YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah bebas untuk melaksanakan transaksi ke atas sebarang modul semasa pengujian ini kerana ianya tidak akan menjejaskan data sebenar HRMIS.

Bersama-sama pemakluman ini juga turut disertakan panduan untuk mengakses Aplikasi HRMIS 2.0. Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti pengujian ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

i. Encik Ruhaimi Bin Che Jusoh
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ii. Encik Ahmad Faizal Bin Ishak
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

iii. Pasukan Helpdesk HRMIS JPA
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-8885 3900

Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam menjayakan aktiviti pengujian ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN - PANDUAN MENGAKSES APLIKASI HRMIS 2.0

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed