Menu
RSS

You are here:Informasi HRMIS»Promo»HRMIS 2.0

PERTUKARAN TARIKH: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2012

Dimaklumkan bahawa berlaku perubahan kepada hari dan tempat Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 1 Tahun 2012 yang pada mulanya telah dijadualkan pada 26 Julai 2012 seperti butiran di bawah:

Tarikh : 27 Julai 2012 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
Presint 5, Putrajaya.

Pengerusi : YBrs. Tuan Haji Kamarudin bin Tahir
Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA


Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/ Dr./ YM/ Tuan/ Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Segala kesulitan berikutan perubahan yang tidak dapat dielakkan ini adalah amat dikesali.

Baca Selanjutnya...

Permohonan Perkongsian Data HRMIS

Sektor integrasi telah melaksanakan pembangunan perkongsian data HRMIS dengan menggunakan fungsi web services. Sehubungan itu, sektor integrasi telah menyediakan beberapa dokumen sebagai panduan bagi pihak agensi untuk berkongsi data dengan HRMIS. Dokumen yang dilampirkan adalah seperti berikut:

1) Kertas Perkongsian Data HRMIS

2) Garispanduan Pelaksanaan Perkongsian Data HRMIS

3) Lampiran A - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah SRS dan A/muka Integrasi (Web services)

4) Lampiran B - Senarai Elemen Data Menggunakan Kaedah Peralihan Data (DC Tools)

5) Lampiran C - Senarai Elemen Jadual Rujukan HRMIS

6) Lampiran Borang Permohonan Perkongsian Data HRMIS

7) Manual Pengguna Perkongsian Data

Baca Selanjutnya...

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 April 2012

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pengerusi : YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia)

Surat jemputan rasmi bertarikh 22 Mac 2012 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :

Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah

(e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Tel: 03-8316 4316)

atau

Cik Siti Azura Binti Khairruddin

(e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / Tel: 03-8316 4353)

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed