Menu
RSS

You are here:Muat Turun»HRMIS - Displaying items by tag: Pembangunan
Pentadbir Sistem

Pentadbir Sistem

Pengurusan Perubatan

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/aliran kerja/Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Pemilik Kompetensi telah memasukkan maklumat keluarga di dalam Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

 

Pemilik Kompetensi perlu menyemak maklumat keluarga yang dimasukkan di Pengurusan Rekod Peribadi seperti berikut:

  • Maklumat peribadi telah disahkan oleh Pengesah Rekod Peribadi
  • Status tanggungan di Pengurusan Rekod Peribadi perlu dipilih
  • Status pekerjaan ahli keluarga perlu di kemaskini
  • Kategori Kad Pengenalan – perlulah berstatus SEMASA

2

Saya seorang warganegara tetapi isteri/anak/ibu/bapa bukan warganegara. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat keluarga tersebut tidak dipaparkan?

 

Semasa mengemaskini maklumat Kad Pengenalan (KP), kategori bagi Jenis KP yang diisytiharkan di dalam modul Pengurusan Rekod Peribadi perlu memilih kepada Lain-lain dan Kategori KP adalah Semasa.

3

Saya mempunyai anak/ibu/ayah angkat. Bolehkah beliau mendapat kemudahan eGL? Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

 

Pemilik Kompetensi perlu mendapatkan surat pengiktirafan daripada JPN dan mengemaskini maklumat mereka di Pengurusan Rekod Peribadi. Status tanggungan perlu disetkan “Ya”.

4

Anak saya berumur 22 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan Rekod Peribadi. Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan?

 

Mengikut Perintah Am Bab F, hanya anak yang berumur 21 tahun dan ke bawah serta yang masih belajar sahaja yang layak untuk mendapatkan kemudahan eGL. Bagi anak yang tidak belajar, kemudahan eGL hanya diberikan sehingga 18 tahun sahaja.

 

5

Anak saya berumur 27 tahun dan maklumat beliau telah dikemaskini di modul Pengurusan rekod Peribadi. Beliau tergolong dalam golongan istimewa (OKU). Apabila eGL dijana di HRMIS, mengapa maklumat beliau tidak dipaparkan sedangkan golongan ini layak untuk mendapatkan kemudahan eGL?

 

Mengikut Perintah Am Bab F, anak yang tergolong dalam golongan istimewa (OKU) layak mendapatkan kemudahan eGL seumur hidup dengan syarat Status Kecacatan di Pengurusan Rekod Peribadi dikemaskini.

 

6

Saya ke Hospital Kerajaan tetapi Petugas Kaunter masih memerlukan GL yang dicetak. Mengapa ini masih berlaku?

 

eGL boleh diguna pakai di semua Hospital Kerajaan. Sekiranya Petugas Kaunter enggan menggunakan eGL dan masih memerlukan GL yang dicetak, mohon membuat aduan kepada Bahagian Kewangan KKM dengan menyatakan nama petugas kaunter, tempat, tarikh dan masa (dsb) untuk siasatan pihak KKM.

7

Saya seorang pesara/tentera/ polis. Walaubagaimanapun maklumat saya tiada pada eGL di hospital.

 

Maklumat eGL bagi Pesara/Tentera/Polis diambil terus daripada webservis di bawah kawalan agensi yang terlibat:

  • Pesara – KWAP;
  • Polis – PDRM;
  • Tentera – ATM

 

Jika maklumat tiada pada eGL, Pemilik Kompetensi diminta berhubung dengan agensi berkenaan untuk mengemaskini maklumat.

 

8

Bagaimana kelayakan perubatan ditentukan di Submodul Pengurusan Perubatan?

 

Kelayakan Perubatan ditentukan mengikut Pekeliling/Arahan yang dikeluarkan di peringkat Persekutuan. Antara Pekililing yang terlibat adalah:

  • Perintah Am Bab F (Perubatan);
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 - Kemudahan Rawatan Perubatan Untuk Ibu Bapa Yang Sah;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 4 Tahun 2001 – Pelaksanaan Kemudahan Perubatan;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of Service);
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan;
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 – Pemansuhan Bayaran Wad Kepada Pegawai Dan Pesara Perkhidmatan Awam.

 

9

Maklumat gaji saya salah di paparan eGL.

 

Maklumat Gaji yang dipaparkan pada eGL diambil daripada:

  • Gred Gaji: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  • Gaji Pokok: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  • Gred Pemangkuan: Submodul Profil Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Profil Perkhidmatan)
  • Nombor Gaji: Submodul Pengurusan Perkhidmatan (Peranan Pentadbir Gaji)

 

Jika maklumat yang dipaparkan pada eGL didapati tidak tepat, sila hubungi Pentadbir yang berkenaan di Agensi untuk mengemaskini maklumat.

10

Bolehkah logo jabatan ditukar ke logo jabatan Pemilik Kompetensi pada borang eGL?

 

Logo yang dipaparkan pada semua janaan eGL yang menggunakan Submodul Pengurusan Perubatan pada HRMIS adalah menggunakan Logo Jata Negara yang sama. Tiada fungsi yang disediakan untuk membolehkan pihak Agensi menukar logo berkenaan.

11

Apakah kelayakan kelas wad bagi seseorang pegawai?

Kelayakan wad adalah berdasarkan gred pegawai seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, tertakluk kepada fasiliti yang disediakan oleh pihak hospital:

Kumpulan/  Gred

Kelayakan Wad

Pengurusan Tertinggi

Kelas 1 Bilik Seorang

45 - 54

31 - 44

Kelas 1 Bilik Berdua

21 - 30

Kelas 1 Bilik Bertiga

1 - 20

Kelas 2

12

Semasa membuat janaan eGL, mesej memaparkan “Janaan eGL tidak berjaya”. Kenapakah ini berlaku?

Janaan eGL tidak berjaya kerana maklumat Profil Perkhidmatan Pemilik Kompetensi Tidak Lengkap atau Tarikh Telah Luput. Pegawai perlu menghubungi Pentadbir HRMIS di Jabatan/Agensi untuk mengemaskini maklumat.

 

Pengurusan Gaji

 Bil.

Soalan

Jawapan

 1

Apakah syarat-syarat untuk menggunakan Submodul Pengurusan Gaji?

 

Submodul Pengurusan Gaji hanya boleh dicapai melalui HRMIS Klasik sahaja dengan menggunakan Internet Explorer. Bagi menggunakan submodul ini, Pentadbir perlu mempunyai peranan Payroll Administrator Federal/State Government (05-0508-165) yang diberikan kepada Pentadbir Gaji di Agensi.

 2

Siapakah yang berperanan untuk mengemaskini No. Gaji?

 

No. Gaji perlu dikemaskini oleh Pentadbir Gaji.

 3

Adakah Pentadbir Gaji boleh mengemaskini maklumat Profil Perkhidmatan semasa pada fungsi Fail Induk Gaji?

 

Profil Perkhidmatan hanya boleh dikemaskini oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan atas urusan sumber manusia agensi.

 4

Bagaimana untuk memasukan No.Gaji secara pukal dan dimanakah fungsi ini boleh dicapai?

Fungsi ini boleh dicapai melalui Kemasukan No. Gaji Secara Pukal dalam fungsi seperti berikut:

  • Submodul Pengurusan Gaji
  • Pemprosesan Perubahan Gaji
  • Fail Induk Gaji
  • Kemasukan Fail Induk Gaji Secara Pukal.

 

 5

Bolehkah Pemilik Kompetensi mengemaskini sendiri Nombor Gaji dan Elaun-elaun yang dipaparkan pada Submodul Tuntutan Perjalanan?

 

Pengemaskinian Nombor Gaji dan Elaun-elaun hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir Gaji sahaja. Pemilik Kompetensi tidak boleh mengemaskini sendiri maklumat berkenaan.

 6

Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat elaun dan dimanakah fungsi ini boleh dicapai?

Maklumat elaun dikemaskini pada fungsi Fail Induk Gaji seperti berikut:

  1. Pengurusan Saraan, Faedah Dan Ganjaran > Pengurusan Gaji > Pemprosesan Gaji > Fail Induk Gaji > Kemasukan Fail Induk Gaji
  2. Masukkan No. KP Pemilik Kompetensi yang berkenaan
  3. Pilih Jawatan Sebenar yang terkini (pastikan Jawatan Sebenar yang dipilih adalah sandangan semasa beliau)
  4. Klik Teruskan
  5. Klik pautan hyperlink Pendapatan
  6. Klik butang Tambah untuk mewujudkan paparan gaji/elaun.
  7. Klik butang Cari untuk ke paparan yang berikutnya.
  8. Di ruangan Carian Kod Pendapatan / Potongan, taipkan kata carian secara wildcard seperti *Elaun*, *Imbuhan* dan sebagainya dan klik butang Teruskan.
  9. Sistem akan memaparkan jenis-jenis pendapatan. Klik pada kod yang betul.
  10. Masukkan amaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam yang diterima oleh CO berdasarkan slip gajinya.
  11. Klik butang Hantar

Pengisytiharan Harta

FAQ - punca masalah, penyelesaian masalah/ aliran kerja / Kes

 

 

Soalan

Jawapan

1

Apakah keadaan yang memerlukan penjawat awam mengisytiharkan harta?

Semua pegawai dikehendaki membuat Perisytiharan Harta apabila:

 

  • Dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam
  • Dikehendaki oleh Kerajaan
  • Memperolehi harta tambahan / melupuskan harta
  • Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun
  • Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta, pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya.

 

2

Berapakah tempoh masa bagi penjawat awam untuk membuat perisytiharan harta berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta terdahulu?

 

5 Tahun

3

Adakah Proses Perisytiharan Harta melalui HRMIS dikira lengkap setelah Pemilik Kompetensi (CO) menghantar perisytiharan harta kepada Urus Setia?

 

Tidak. Harta yang dihantar perlu disemak serta disahkan oleh Urus Setia Harta dan juga perlu diambil maklum oleh Ketua Jabatan mengikut PP Bil. 3 Tahun 2002.

4

Mengapa maklumat pasangan dan tanggungan Pemilik Kompetensi tidak dipaparkan di Borang Perisytiharan Harta?

 

Pemilik Kompetensi perlu menyemak sama ada maklumat pasangan dan tanggungan tersebut telah diisikan dengan lengkap di Modul Rekod Peribadi dan disahkan oleh Pentadbir Agensi masing-masing terlebih dahulu.

5

Apakah jenis harta yang perlu diisytiharkan?

Jenis Harta Tak Alih :

  • Tanah termasuk tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara)
  • Segala jenis tempat kediaman, rumah, pangsapuri
  • Bangunan seperti rumah kedai, ruang pejabat, gudang

 

Jenis Harta Alih :

  • Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua disimpan
  • Saham, debentur, bon dan sekuriti
  • Apa-apa bentuk lesen atau permit
  • Apa-apa harta alih yang lain seperti kenderaan bermotor, barang kemas, perabot, keahlian kelab yang setiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000 mengikut mana yang lebih rendah.

 

**Mohon rujuk kepada PP Bil. 3 Tahun 2002 untuk keterangan lebih lanjut.

 

6

Mengapa proses pengemaskinian maklumat harta sangat terperinci dan menyukarkan pegawai untuk membuat pengisytiharan harta?

 

Format borang yang digunakan dalam HRMIS adalah berdasarkan format perisytiharan harta yang dikeluarkan melalui PP Bil.3 Tahun 2002.

7

Bagaimana Pemilik Kompetensi boleh membuat pemantauan terhadap status maklumat harta yang telah dihantar?

 

Apabila maklumat harta telah dihantar, Pemilik Kompetensi boleh memantau status perisytiharan harta di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’.

8

Mengapa proses pengemaskinian semula selepas menerima status ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’ – tidak dapat dikemaskini dan dihantar semula ke urus setia?

 

Pengemaskinian hendaklah di buat di menu ‘Papar Status Perisytiharan Harta’. Klik pada hyperlink harta yang berstatus ‘Memerlukan Maklumat Tambahan’. Seterusnya kemas kini maklumat berdasarkan keperluan urus setia dan kemudiannya klik ‘Hantar’.

9

Adakah perlu kenderaan bermotor yang berharga kurang daripada RM3,000 diisytiharkan?

Harta tersebut perlu diisytiharkan.

 

Semua kenderaan bermotor perlu diisytiharkan tanpa mengira had nilai. Rujuk Surat Edaran JPA bertarikh 29 Mac 2010 para 4, ‘Dengan berkuatkuasanya P.U.(B)104/2010 : Semua pegawai awam adalah diwajibkan mengisytiharkan apa-apa jenis kenderaan bermotor kepada Ketua Jabatan masing-masing. Kegagalan pegawai awam mengisytiharkan kenderaan bermotor yang dimilikinya adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib

 

10

Pengguna tidak ada kesedaran untuk membuat Perisytiharan Harta kecuali untuk tujuan kenaikan pangkat.

 

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib termasuk perisytiharan harta adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan. Pegawai boleh dituduh melanggar peraturan perisytiharan harta sepertimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 serta ingkar perintah kerana melanggar Peraturan 4(2)(i) atau Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

 

 

 

Slaid Program Jelajah HRMIS Zon Selatan

Taklimat oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) :

Oleh :       YBhg. Datuk Yeow Chin Kiong

Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Bersama :

                Encik Syukran Bin Mat Rofa

Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)


Taklimat oleh Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS):

Oleh :        Puan NoorHalimatun Saadiah Binti Aziz

Bahagian Pembangunan Dan pengurusan Maklumat Strategik, JPA

 

Oleh :        Puan azilawati Binti Azmi

Bahagian Pembangunan Dan pengurusan Maklumat Strategik, JPA

Slaid Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil 1/2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil 1/2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh      : 29 September 2016 (Khamis)
Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat    : Dewan Serbaguna
                Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
                Aras B1, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                62100 PUTRAJAYA
Pengerusi : YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan
                 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
                 Jabatan Perkhidmatan Awam

 

Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:


i) Kertas 1 : Status Pencapaian Terkini KPI HRMIS Tahun 2016

ii) Kertas 2 : Cadangan Kamus KPI HRMIS Tahun 2017 bagi Kementerian/ Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

iii) Kertas 3 : Laporan Hasil Tinjauan Pelaksanaan HRMIS oleh Badan Berkanun Persekutuan (BBP), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

iv) Kertas 4 : Meja Bantuan HRMIS JPA

v) Kertas 5 : Projek Rintis Modul Saraan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

vi) Kertas 6 : Perkongsian Pengalaman dalam Pelaksanaan HRMIS – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Slaid Program Jelajah HRMIS Peringkat Zon Timur

Taklimat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

1.    Aplikasi myHRMIS Mobile

Oleh : Encik Mohd Ridzuwan bin Wari
Bahagian Pembangunan Dan pengurusan Maklumat Strategik,JPA

 

2.    Peranan Helpdesk JPA dan Agensi

Oleh : Puan Nik Zarina binti Nik Mat
Bahagian Pembangunan Dan pengurusan Maklumat Strategik, JPA


 

Taklimat oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP):

3.    Operasi HRMIS Berkaitan Dengan Penamatan Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh : Encik Mohammad Razi bin Azmi
Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan HRMIS Bilangan 2 Tahun 2016 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Julai 2016 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Serbaguna
Menara Usahawan
Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA
Pengerusi : Encik Mohd Danial bin Ma'alip
Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik (BPMS)
Jabatan Perkhidmatan Awam

Kertas Pembentangan adalah seperti berikut:

i) Kertas 1:
Status Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Sektor Awam yang baharu

ii) Kertas 2:
Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia di dalam HRMIS

iii) Kertas 3:
Perkongsian Pengalaman dalam Pelaksanaan HRMIS
a) Badan Berkanun Persekutuan: Majlis Amanah Rakyat (MARA)
b) Pihak Berkuasa Tempatan: Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016 (Jumaat)

Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016. Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai 2016.

SURAT EDARAN: JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (11) dan Kenyataan Akhbar oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 30 Jun 2016

Berdasarkan surat edaran di atas, adalah dimaklumkan bahawa pembatalan cuti bagi penjawat awam yang telah memohon cuti pada 8 Julai 2016 (Jumaat) akan dilaksanakan secara automatik di dalam HRMIS. Oleh yang demikian, Pentadbir Cuti HRMIS tidak perlu melakukan apa-apa tindakan pembatalan cuti bagi tarikh tersebut.

Subscribe to this RSS feed