Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Set Semula Kata Laluan HRMIS melalui E-mel

Pengumuman: Pangaktifan Submodul Pengurusan Saraan - Fungsi Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8)

Dimaklumkan bahawa menu Submodul Pengurusan Saraan - Fungsi Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8) kini telah aktif di HRMIS2.0. Menu ini boleh dicapai oleh Pentadbir Agensi dengan peranan sedia ada.

Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan Pentadbir Saraan melaksanakan proses Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (Kew.8) di pelbagai platform selain Internet Explorer.

Bersama-sama ini disertakan lampiran capaian menu Pengurusan Saraan - Fungsi Pengurusan Penyata Perubahan Gaji (kew.8) yang diperlukan.

Muat Turun Disini

Baca Selanjutnya...

Notis Pemakluman Penambahbaikan Modul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) HRMIS

Perhatian kepada:

Semua Agensi Pengguna HRMIS

Modul :

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) HRMIS

Keterangan :

Sukacita dimaklumkan bahawa satu penambahbaikan laporan baru iaitu Senarai Maklumat Kursus Diperlukan telah ditambah di persekitaran HRMIS 2.0 dan laporan ini boleh dicapai oleh pentadbir agensi yang mempunyai peranan kod [483] PM-Administrator.

 

Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan Pentadbir Agensi mendapatkan senarai maklumat kursus diperlukan yang telah diisi oleh Pegawai Yang Dinilai semasa proses penilaian LNPT.

 

Lampiran Capaian:

Seperti di lampiran (klik disini untuk muat turun lampiran)

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:  

Talian telefon : 03-83211400

Baca Selanjutnya...

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA

Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah membangunkan Sistem Helpdesk JPA yang baharu yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB) JPA. Pembangunan sistem ini merupakan inisiatif baharu JPA dalam memberi kemudahan pengurusan aduan aplikasi ICT JPA dengan cekap dan telus. Antara kelebihan SPMB adalah:

 

a)    Menggunakan ID dan kata laluan HRMIS;

b)    Pengurusan aduan atas talian secara end-to-end;

c)    Paparan responsif untuk semua jenis peralatan seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit;

d)    Pemantauan aduan boleh dibuat pada setiap peringkat status tindakan;

e)    Kemudahan peringatan kepada pengguna untuk tindakan susulan; dan

f)     Pemantauan Key Performance Indicator (KPI) penyelesaian aduan yang lebih efisen.

 

Perlaksanaan penggunaan SPMB akan bermula secara rasminya pada 1 Jun 2018 (Jumaat). Oleh itu, kerjasama tuan/puan adalah diperlukan bagi membantu mempromosikan penggunaan sistem ini ke seluruh peringkat kementerian dan agensi di bawah tuan/puan melalui hebahan poster seperti di Lampiran.

 

Bagi memudahkan penggunaan kepada sistem ini, Manual Pengguna Pemilik Kompetensi, Pentadbir HRMIS Agensi dan Pentadbir HRMIS Kementerian boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

 

a)    Menu di dalam SPMB;

b)    Portal HRMIS di bawah Menu Muat Turun; atau

c)    Pautan https://bit.ly/spmb_jpa.

Baca Selanjutnya...

Makluman Ralat MyHRMIS Cuti

Untuk makluman tuan/puan, terdapat penambahbaikan yang dilaksanakan pada aplikasi MyHRMIS Cuti versi Android dan telah berada di Google Play Store pada 2 Mac 2018. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan mendapat paparan ralat seperti berikut selepas log masuk ke aplikasi MyHRMIS Cuti,  mohon agar tuan/puan dapat mengemaskini aplikasi MyHRMIS Cuti dengan melaksanakan langkah berikut di telefon pintar tuan/puan:

  1. Klik ikon Play Store
  2. Cari MyHRMIS Cuti
  3. Klik butang UPDATE
  4. Tunggu sehingga proses kemaskini selesai

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh tuan/puan berhubungan dengan perkara ini.

 

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed