Menu
RSS

You are here:Utama»Makluman Semasa»Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS Bil. 2/2012

Jemputan Latihan Terbuka HRMIS 2010

JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN TERBUKA HRMIS TAHUN 2010 ANJURAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah menerima sebanyak 21 permohonan latihan modul/submodul HRMIS daripada kementerian dan 7 permohonan daripada SUK melibatkan 922 orang peserta bagi Latihan Terbuka ini...

Baca Selanjutnya...

Jadual Pelaksanaan Cuti Hujung Tahun 2009 & Penjanaan Kelayakan Cuti Tahun 2010

Semua agensi digalakkan mengikuti jadual yang telah ditetapkan untuk melancarkan aktiviti pelaksanaan pengurusan cuti hujung tahun. Satu sesi taklimat khas akan diadakan oleh pihak JPA pada 10 & 11 November 2009 dan surat panggilan akan diedarkan ke Kementerian dan SUK.

Muat Turun Lampiran dan Jadual Khas Penjanaan Cuti

Baca Selanjutnya...

Penukaran nombor Hotline Helpdesk HRMIS

Sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan Helpdesk HRMIS, pihak JPA telah memulakan operasi Helpdesk HRMIS menggunakan sistem Call Center. Sehubungan dengan itu nombor telefon untuk menghubungi Helpdesk HRMIS telah ditukar kepada satu nombor hotline iaitu 03-8321 1400 bagi memudahkan kami dihubungi. Penukaran nombor telefon Helpdesk HRMIS berkuatkuasa mulai 9 Oktober 2009.

Baca Selanjutnya...

Misi Dan Visi

Visi

Menjadikan HRMIS aplikasi unggul dalam pengurusan sumber manusia sektor awam bertaraf dunia melalui kecanggihan ICT selaras dengan wawasan kerajaan.
 

Misi

Memastikan semua agensi dalam sektor awam melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik.
Memastikan HRMIS sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam melalui penambahbaikan berterusan.
 
Baca Selanjutnya...

Objektif

Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia;

Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;

Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;

Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses sumber manusia dan capaian melalui single window;

Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless; dan

Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed