Menu
RSS

Pentadbiran Sistem

Pentadbiran Sistem (6)

Bagaimana menyelesaikan tarikh sandangan CO yang bertindih?

Berikut adalah panduan untuk dimaklumkan bagi aduan yang melibatkan tarikh sandangan bertindih:

1) Pentadbir Sumber Manusia diminta menyemak Buku Perkhidmatan pemilik kompetensi(CO) yang terlibat dan pastikan maklumat tarikh yang betul untuk direkodkan.

2) Apabila berlakunya pertindihan tarikh semasa melakukan aktiviti sandangan seseorang CO (sandangan baru atau putus sandang), agensi dipohon untuk menyemak maklumat sandangan CO yang bertindih itu (mesej pertindihan yang dipaparkan). Sekiranya CO yang bertindih itu masih lagi di agensi yang sama, pentadbir sumber manusia di agensi masih boleh melakukan pengemaskinian tarikh seterusnya membolehkan sandangan baru dapat dibuat.

Contoh disertakan (SANDANGAN BERTINDIH - CO di agensi yang sama.doc)

3) Sekiranya CO yang bertindih itu melibatkan agensi lain, sila hantar capture skrin masalah yang berlaku untuk dibuat pengemaskinian tarikh sandangan kerana kes-kes ini memerlukan capaian cross-agency.

Baca Selanjutnya...
Subscribe to this RSS feed