Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Status»Status HRMIS»Status
A+ R A-
Penilaian Kompetensi
Penilaian Kompetensi

Penilaian Kompetensi (13)

Penetapan aliran kerja belum dibuat. Maklumkan kepada pentadbir aliran kerja untuk menyenggara rekod di agensi masing-masing. Kod yang terlibat ialah CA-028.

Pegawai Penyelia berkenaan mungkin tidak disetkan peranan sebagai Supervisor (Competency Assessment).

Perlu semak:
a. data gred gaji CO di Profil Perkhidmatan; atau
b. maklumat peperiksaan perkhidmatan yang diselenggara oleh Urus Setia di Selenggara Jadual Rujukan adakah telah memasukkan gred yang layak.

Tidak boleh memohon PTK kerana syarat untuk memohon PTK mestilah telah disahkan dalam perkhidmatan. Sistem akan membuat tapisan dan tidak membenarkan permohonan calon yang belum disahkan dalam perkhidmatan.

Boleh. Sila ke menu berikut: Penilaian Kompetensi -> Penilaian Tahap Kecekapan -> Peperiksaan PTK -> Papar Status Permohonan dan Keputusan Peperiksaan PTK ->Klik Tab Papar Keputusan Peperiksaan PTK.

Jumaat, 25 Februari 2011 09:56

Bolehkah permohonan untuk peperiksaan PTK dibatalkan?

Diterbitkan dalam Penilaian Kompetensi

Permohonan peperiksaan PTK boleh dibatalkan sekiranya angka giliran belum dijana.

Jumaat, 25 Februari 2011 09:56

Berapa lamakah tempoh untuk menduduki PPK?

Diterbitkan dalam Penilaian Kompetensi

Bagi Gred 41 hingga 54 (Kumpulan P&P), tempoh masa PPK adalah 2 hingga 5 hari.  Manakala bagi Gred 17 hingga 40 (Kumpulan Sokongan) adalah 1 hingga 2 hari.

Untuk skim perkhidmatan dalam kategori mahir, separuh mahir dan tidak mahir yang menetapkan syarat lantikan pada peringkat PMR atau SRP dan kebawah, PTK hendaklah dilaksanakan sama ada melalui temuduga/ujian amali/pemerhatian atau dengan cara memperolehi sijil kemahiran dari institusi yang diiktiraf oleh Ketua Perkhidmatan Awam atau Ketua Jabatan.

Jumaat, 25 Februari 2011 09:56

Bagaimana kursus PTK dinilai?

Diterbitkan dalam Penilaian Kompetensi

Kursus boleh dikendalikan bersesuaian dengan Tahap Kecekapan yang hendak dinilai mengikut metodologi berikut:

1)kuliah;
2)perbincangan;
3)projek/kajian kes; dan
4)persembahan projek.

Kompetensi umum atau generic competency bermaksud pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi pegawai berkenaan.