Semua Penjawat Awam (CO) boleh menggunakan Modul ini bagi tujuan Permohonan untuk menghadiri latihan/kursus.
Operasi yang boleh dilakukan bagi seseorang CO adalah seperti berikut.
- Membuat Permohonan
- Memberi Maklumbalas (menerima atau menolak tawaran kursus)
- Membuat Pendaftaran
- Mengemaskini Pencapaian Penilaian
- Memaparkan Rekod CO
- Sokongan Permohonan (bagi CO yang memiliki peranan ''''Line Manager'''')
Walaubagaimanapun, CO dapat melakukan kerja keurusetiaan jika mendapat peranan seperti dibawah:
- Koordinator PPK Agensi
- Pakar Sumber Manusia
- Pentadbir Pembangunan
- Pentadbir Data Sejarah
Dalam bahasa mudah, Program Pembangunan Kompetensi atau PPK memberi maksud ''''kursus''''. Kadangkala Modul ini juga dipanggil dengan nama CDP - (Competency Development Program). Bagi kakitangan awam, jumlah kursus yang perlu dilengkapkan dalam tempoh setahun adalah 7 hari.
Menu ini hanya dipaparkan bagi CO yang memiliki peranan 'Pentadbir Pembangunan'. Menu ini membolehkan Pentadbir Pembangunan membatalkan dan menangguhkan PPK yang telah dijadualkan.
Menu ini hanya dipaparkan bagi CO yang memiliki peranan '' Line Manager''. Menu ini membolehkan Penyelia menyokong permohonan PPK Pemilik Kompetensi selain melibat PPK-Training Road Map (TRM). Sokongan juga boleh dilakukan melalui Inbox HRMIS.
Menu ini hanya dipaparkan pada CO yang memiliki Peranan " Koordinator PPK". Menu ini membolehkan Koordinator PPK menyelenggarakan dan menentukan maklumat terperinci untuk setiap PPK yang diwujudkan.
Memudahkan permohonan secara talian bagi Pemilik Kompetensi ,Penyelia dan Pakar Sumber Manusia bagi program berjadual.
Menu ini dipaparkan bagi semua CO, tetapi terdapat sedikit fungsi tambahan bagi CO yang memiliki Peranan 'Pentadbir Pembangunan'. menu ini membolehkan Pemilik Kompetensi dan Pentadbir Pembangunan membuat pendaftaran untuk menghadiri PPK secara talian.
Menu ini dipaparkan bagi semua CO, tetapi terdapat sedikit perbezaan fungsi bagi CO yang memiliki peranan 'Pakar Sumber Manusia'. menu ini memudahkan Pemilik Kompetensi dan Pakar Sumber Manusia melihat paparan keputusan dan rekod permohonan PPK Pemilik Kompetensi.
Menu ini hanya dipaparkan kepada CO yang memiliki peranan "Pakar Sumber Manusia". Menu ini memudahkan Pakar Sumber Manusia untuk membuat senarai pendek Pemilik Kompetensi yang memohon dan menentukan pemilihan kepada program berlandaskan jurang kompetensi atau landasan kerjaya Pemilik Kompetensi.