Penetapan aliran kerja belum dibuat. Maklumkan kepada pentadbir aliran kerja untuk menyenggara rekod di agensi masing-masing. Kod yang terlibat ialah CA-028.
Pegawai Penyelia berkenaan mungkin tidak disetkan peranan sebagai Supervisor (Competency Assessment).
Perlu semak:
a. data gred gaji CO di Profil Perkhidmatan; atau
b. maklumat peperiksaan perkhidmatan yang diselenggara oleh Urus Setia di Selenggara Jadual Rujukan adakah telah memasukkan gred yang layak.
Panduan Melaksanakan SKT Dan LNPT (HRMIS EG*NET DAN HRMIS INTERNET)
Submodul Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
Submodul Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
Pentadbir
Tidak boleh memohon PTK kerana syarat untuk memohon PTK mestilah telah disahkan dalam perkhidmatan. Sistem akan membuat tapisan dan tidak membenarkan permohonan calon yang belum disahkan dalam perkhidmatan.
Boleh. Sila ke menu berikut: Penilaian Kompetensi -> Penilaian Tahap Kecekapan -> Peperiksaan PTK -> Papar Status Permohonan dan Keputusan Peperiksaan PTK ->Klik Tab Papar Keputusan Peperiksaan PTK.
Permohonan peperiksaan PTK boleh dibatalkan sekiranya angka giliran belum dijana.
Bagi Gred 41 hingga 54 (Kumpulan P&P), tempoh masa PPK adalah 2 hingga 5 hari. Manakala bagi Gred 17 hingga 40 (Kumpulan Sokongan) adalah 1 hingga 2 hari.
Untuk skim perkhidmatan dalam kategori mahir, separuh mahir dan tidak mahir yang menetapkan syarat lantikan pada peringkat PMR atau SRP dan kebawah, PTK hendaklah dilaksanakan sama ada melalui temuduga/ujian amali/pemerhatian atau dengan cara memperolehi sijil kemahiran dari institusi yang diiktiraf oleh Ketua Perkhidmatan Awam atau Ketua Jabatan.
Kursus boleh dikendalikan bersesuaian dengan Tahap Kecekapan yang hendak dinilai mengikut metodologi berikut:
1)kuliah;
2)perbincangan;
3)projek/kajian kes; dan
4)persembahan projek.