Dimakluman satu dokumen Tips Do and Don't bagi Submodul Pengurusan Cuti telah dikeluarkan bagi melancarkan proses Penjanaan Kelayakan Cuti 2013. Ia memaparkan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil perhatian oleh Pemilik Komptensi dan juga Pentadbir Cuti Agensi sewaktu aktiviti Penjanaan Cuti 2013 berlaku. Semua Pentadbir Cuti dinasihatkan untuk memuat turun dokumen ini.
Dilampirkan panduan pengguna terkini bagi fungsi Kelayakan Cuti dibawah Submodul Pengurusan Cuti. Semua Pentadbir Cuti hendaklah memastikan Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Dimaklumkan bahawa satu cadangan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 telah dikeluarkan sebagai panduan Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012. Semua agensi dibawah Kementerian dan SUK dinasihatkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti hujung tahun (bagi Submodul Pengurusan Cuti) mengikut aturan yang telah ditetapkan. Dilampirkan dokumen berkaitan Jadual Penjanaan dan juga Langkah-langkah Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012.
Pelaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun 2012
Jadual Penjanaan Akhir Tahun 2012
Panduan menyemak baki cuti rehat, GCR, status cuti dan permohonan cuti rehat.
Muat TurunAdalah dimaklumkan kini semua Pentadbir Cuti boleh muat turun slide Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Hujung Tahun Sesi 2011/2012 di Ruangan Pembelajaran.
JADUAL PENJANAAN CUTI 2011
|
Bil |
Kementerian/SUK Negeri |
Tempoh Penjanaan |
|
1 |
JABATAN PERDANA MENTERI |
12-16Disember 2011 |
|
2 |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA |
|
|
3 |
KEMENTERIAN KEWANGAN |
|
|
4 |
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI |
|
|
5 |
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR |
|
|
6 |
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH |
|
|
7 |
KEMENTERIAN KERJA RAYA |
|
|
8 |
KEMENTERIAN LUAR NEGERI |
19-23 Disember 2011 |
|
9 |
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN |
|
|
10 |
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI |
|
|
11 |
KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA |
|
|
12 |
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN |
|
|
13 |
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN |
|
|
14 |
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA |
|
|
15 |
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI |
|
|
16 |
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN |
|
|
17 |
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR |
|
|
18 |
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA |
|
|
19 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI JOHOR |
|
|
20 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PAHANG |
|
|
21 |
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT |
|
|
22 |
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI |
|
|
23 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG |
26-30 Disember 2011 |
|
24 |
KEMENTERIAN PERTAHANAN |
|
|
25 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN |
|
|
26 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA |
|
|
27 |
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
|
|
28 |
KEMENTERIAN DALAM NEGERI |
|
|
29 |
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI |
|
|
30 |
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR |
|
|
31 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH |
|
|
32 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN |
|
|
33 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERAK |
|
|
34 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS |
|
|
35 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SABAH |
|
|
36 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK |
|
|
37 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
|
38 |
PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU |
Permohonan untuk menghadiri Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS Hujung Tahun 2011 Peringkat Kementerian/SUK/Agensi telah ditutup.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Dimaklumkan bahawa Taklimat Khas Perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti HRMIS Hujung Tahun 2011 Peringkat Kementerian/SUK/Agensi akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 7 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Cempaka, Aras 1,
Bangunan MKN-Embassy Techzone,Blok A,
No 3200, Jalan Teknokrat 2,Cyberjaya,Sepang
Surat jemputan rasmi akan dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam jangkamasa terdekat. Disertakan juga Langkah pelaksanaan (Lampiran B) dan Jadual Penjanaan Kelayakan Cuti 2012 (Lampiran C) untuk tindakan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :
PUAN NURUL AISHAH BINTI KARIS
(emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel: 03-8316 4377)
atau
PUAN FOO SOOK FUANG
(emel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel: 03-8316 4026)
Adalah dinasihatkan agar semua pengguna HRMIS yang ingin memohon cuti pada bulan Disember 2011 agar dapat menghantar permohonan sebelum 2 Disember 2011. Semua pengguna juga dinasihatkan juga untuk menyemak baki cuti dan memastikan semua permohonan cuti sepanjang tahun telah diluluskan dan tidak tergantung melalui menu Penyemakan Cuti. Sekiranya semua permohonan cuti telah selesai, semua pengguna juga boleh mula membuat Permohonan GCR dan Bawa Kehadapan secara online sebelum 9 Disember 2011. Untuk maklumat lanjut pengguna boleh muat turun dokumen di ruangan Aktiviti Submodul Pengurusan Cuti Pada Hujung Tahun di Portal HRMIS.
Dimaklumkan bahawa fungsi Permohonan GCR bagi Guru/Pengawai Pendidikan (menggunakan Cuti Rehat Khas) dan juga kemasukkan Data Sejarah Maklumat GCR (menggunakan Cuti Rehat Khas) telah sedia untuk digunakan bermula pada 25 Oktober 2011. Bagi Guru/Pengawai Pendidikan yang ingin memohon Cuti Rehat Khas, sila pastikan Petunjuk Kompetensi, kelayakan Cuti Rehat Khas dan Aliran Kerja telah diselenggara. Untuk maklumat lanjut pengguna boleh memuat turun Manual pengguna Kit Latihan- Permohonan GCR Online dan Kemasukkan Data Sejarah Maklumat GCR bagi Pegawai Pendidikan di Portal HRMIS.
Dilampirkan manual bagi fungsi-fungsi SMS CUTI HRMIS yang telah dibangunkan serta telah sedia untuk digunakan di peringkat JPA dan agensi.
Terdapat 4 fungsi yang telah dibangunkan:
1) Semak Baki Cuti Rehat
2) Semak GCR
3) Semak Status Cuti
4) Permohonan Cuti Rehat
Syarat asas bagi membolehkan pegawai menggunakan semua fungsi ini adalah:
1) Mempunyai rekod asas di dalam HRMIS
Dan syarat tambahan bagi menggunak an fungsi Permohonan Cuti Rehat adalah:
1) No Tel Bimbit perlu didaftarkan di dalam HRMIS (Submodul Rekod Peribadi)
2) Aliran Kerja Cuti Rehat telah wujud
3) Memohon cuti selewat-lewatnya sehari sebelum bercuti.
Setiap kos penghantaran SMS adalah RM0.15 dan kos penerimaan SMS adalah RM0.20.
Berikutan perisytiharan cuti umum pada 31 Disember 2010 (Jumaat), JPA akan menyelaraskan pengemaskinian maklumat cuti ini di HRMIS. Sehubungan dengan itu, bagi pegawai perkhidmatan awam yang telah memohon dan diluluskan penggunaan kemudahan cuti rehat pada tarikh tersebut, kelulusan berkenaan adalah dengan ini tidak terpakai...