Data yang hendak dimasukkan ke dalam sistem pengurusan cuti hendaklah tepat supaya ia dapat menghasilkan rekod dan laporan yang tepat. Sila rekodkan semua transaksi cuti (termasuk cuti yang diambil melebihi kelayakkan) di dalam Maklumat Sejarah Cuti. Kemudian catatkan sama ada cuti yang terlebih dari kelayakan tersebut ”cuti telah berbayar” atau ”cuti belum berbayar” di ruang catatan pada tahun berkaitan di Maklumat GCR.