Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Muat Turun»- Artikel»Papar perkara dengan tag: 2003.html
A+ R A-
Papar perkara dengan tag: Pembangunan

Apakah Fungsi Menu Paparan Rekod?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:30 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini dipaparkan bagi semua CO, tetapi terdapat sedikit perbezaan fungsi bagi CO yang memiliki peranan 'Pakar Sumber Manusia'. menu ini memudahkan Pemilik Kompetensi dan Pakar Sumber Manusia melihat paparan keputusan dan rekod permohonan PPK Pemilik Kompetensi.

Apakah fungsi Menu Menyusun Atur?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:30 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini hanya dipaparkan kepada CO yang memiliki peranan "Pakar Sumber Manusia". Menu ini memudahkan Pakar Sumber Manusia untuk membuat senarai pendek Pemilik Kompetensi yang memohon dan menentukan pemilihan kepada program berlandaskan jurang kompetensi atau landasan kerjaya Pemilik Kompetensi.

Apakah Fungsi Menu Maklumbalas?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:30 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini dipaparkan bagi setiap CO. Walaubagaimanapun terdapat sedikit tambahan fungsi bagi CO yang memiliki peranan "Pakar Sumber Manusia". Menu ini memudahkan Pemilik Kompetensi dan Pakar Sumber Manusia memberikan maklum balas terima tawaran PPK secara dalam talian. Menu ini juga membolehkan Pakar Sumber Manusia melihat senarai Pemilik Kompetensi yang telah menerima tawaran PPK.

Apakah Fungsi Menu Laporan Operasi?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:27 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini dipaparkan bagi semua CO, tetapi terdapat sedikit tambahan laporan bagi CO yang memiliki peranan 'Koordinator PPK'. Menu ini membolehkan CO dan Koordinator PPK untuk Menjana Laporan Program Pembangunan Kompetensi Pemilik Kompetensi, Menjana Jadual Program Pembangunan Kompetensi berdasarkan tahun bagi agensi tertentu dan Menjana Laporan Pengendali Latihan. Terdapat 8 lagi laporan bagi kegunaan Koordinator PPK.

Apakah Fungsi Menu Kemaskini Penilaian?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:26 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini dipaparkan kepada semua CO, tetapi terdapat fungsi tambahan bagi CO yang memiliki peranan "Pakar Sumber Manusia". menu ini memudahkan Pemilik Kompetensi mengemaskini penilaian terhadap PPK setelah menghadiri PPK. menu ini juga membolehkan Pakar Sumber Manusia mengemaskini penilaian dan keputusan pencapaian tahap kompetensi Pemilik Kompetensi. Selain itu menu ini menyediakan subfungsi untuk Cetakan Siji Penyertaan dan Laporan Maklum Balas Penilaian (bagi Pakar Sumber Manusia).

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 2 dari 2