Portal Rasmi HRMIS

A+ R A-
Papar perkara dengan tag: Pembangunan

Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU HRMIS Bil.2/2011

Selasa, 25 Oktober 2011 14:33 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Bil.2/2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut : 

Tarikh: 27 Oktober 2011

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pengerusi: YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Surat jemputan rasmi bertarikh 13 Oktober 2011 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut : 

Puan Wan Fazidatul Eza Binti Wan Hussien
(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4352)

atau

Cik Siti Azura Binti Khairruddin
(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4353)

Pengenalan HRMIS

Jumaat, 11 Mac 2011 10:33 Diterbitkan dalam Artikel

Nota Taklimat Pengenalan HRMIS

 

Siapakah yang dapat menggunakan Modul ini?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:34 Diterbitkan dalam Pembangunan

Semua Penjawat Awam (CO) boleh menggunakan Modul ini bagi tujuan Permohonan untuk menghadiri latihan/kursus.

Apakah operasi yang boleh dilakukan dalam modul ini?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:34 Diterbitkan dalam Pembangunan

Operasi yang boleh dilakukan bagi seseorang CO adalah seperti berikut.


- Membuat Permohonan
- Memberi Maklumbalas (menerima atau menolak tawaran kursus)
- Membuat Pendaftaran
- Mengemaskini Pencapaian Penilaian
- Memaparkan Rekod CO
- Sokongan Permohonan (bagi CO yang memiliki peranan ''''Line Manager'''')

Walaubagaimanapun, CO dapat melakukan kerja keurusetiaan jika mendapat peranan seperti dibawah:

- Koordinator PPK Agensi
- Pakar Sumber Manusia
- Pentadbir Pembangunan
- Pentadbir Data Sejarah

Apakah maksud Program Pembangunan Kompetensi (PPK)?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:34 Diterbitkan dalam Pembangunan

Dalam bahasa mudah, Program Pembangunan Kompetensi atau PPK memberi maksud ''''kursus''''. Kadangkala Modul ini juga dipanggil dengan nama CDP - (Competency Development Program). Bagi kakitangan awam, jumlah kursus yang perlu dilengkapkan dalam tempoh setahun adalah 7 hari.

Apakah Fungsi Pembatalan dan Penangguhan PPK?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:33 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini hanya dipaparkan bagi CO yang memiliki peranan 'Pentadbir Pembangunan'. Menu ini membolehkan Pentadbir Pembangunan membatalkan dan menangguhkan PPK yang telah dijadualkan.

Apakah fungsi Menu Sokongan?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:33 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini hanya dipaparkan bagi CO yang memiliki peranan '' Line Manager''. Menu ini membolehkan Penyelia menyokong permohonan PPK Pemilik Kompetensi selain melibat PPK-Training Road Map (TRM). Sokongan juga boleh dilakukan melalui Inbox HRMIS.

Apakah fungsi Menu Selenggara PPK?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:33 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini hanya dipaparkan pada CO yang memiliki Peranan " Koordinator PPK". Menu ini membolehkan Koordinator PPK menyelenggarakan dan menentukan maklumat terperinci untuk setiap PPK yang diwujudkan.

Apakah fungsi Menu Permohonan?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:32 Diterbitkan dalam Pembangunan

Memudahkan permohonan secara talian bagi Pemilik Kompetensi ,Penyelia dan Pakar Sumber Manusia bagi program berjadual.

Apakah fungsi Menu Pendaftaran Peserta?

Jumaat, 25 Februari 2011 09:31 Diterbitkan dalam Pembangunan

Menu ini dipaparkan bagi semua CO, tetapi terdapat sedikit fungsi tambahan bagi CO yang memiliki Peranan 'Pentadbir Pembangunan'. menu ini membolehkan Pemilik Kompetensi  dan Pentadbir Pembangunan membuat pendaftaran untuk menghadiri PPK secara talian.

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 1 dari 2