Satu aplikasi bernama "My HRMIS & JPA Demo" pernah dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab ke Google Play dan ia telah dimuatturun oleh beberapa pengguna Smart Phone berasaskan sistem pengoperasian Android. Berdasarkan keterangan di laman web Google Play, ia kononnya adalah bagi tujuan demo My HRMIS di SUK Selangor pada 14 March 2012. Aplikasi ini sebenarnya digunakan untuk mencuri maklumat yang berada di dalam telefon pengguna. Pihak JPA dan SUK Selangor dengan ini memaklumkan dan mengesahkan bahawa kedua-dua pihak tidak terlibat membangunkan aplikasi tersebut. Oleh itu semua pengguna yang telah memuatturun (download) aplikasi tersebut dinasihatkan untuk segera menghapuskannya (uninstall).
Muat Turun Senarai Hospital-Hospital, Klinik-Klinik Kesihatan dan Pergigian Yang Melaksanakan Kemudahan eGL Sehingga Tahun 2013
LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KE JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)
Pada 11 Januari 2013 (Khamis) yang lalu, wakil Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) daripada Sektor Pengurusan Perubahan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan ke Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bagi melihat pelaksanaan kempen penggunaan HRMIS yang sedang dijalankan. Dalam lawatan tersebut pihak RTM yang diketuai oleh Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Timbalan Pengarah Seksyen Sumber Manusia, Jabatan Penyiaran Malaysia telah membentangkan status terkini kemasukan data maklumat di dalam HRMIS oleh RTM. Pihak BPM juga telah dibawa melawat Unit HRMIS, RTM dan melihat sendiri inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit HRMIS dalam menggalakkan kakitangan RTM untuk menggunakan HRMIS khususnya membuat pengisian LNPT.
Antara inisiatif-inisiatif yang dijalankan adalah penyediaan bilik operasi HRMIS yang dibuka sehingga jam 9.00 malam bermula 1 Disember 2012 sehingga 28 Februari 2013 bagi memudahkan kakitangan yang bekerja mengikut syif mengakses ke HRMIS. Sebanyak 5 buah laptop disediakan secara pool kepada kakitangan Jabatan Penyiaran yang ingin mengakses kepada sistem atau memerlukan tunjuk ajar pentadbir.
Tujuan utama penyediaan bilik operasi tersebut adalah untuk menggalakkan kakitangan RTM membuat pengisian LNPT. Namun begitu, inisiatif yang paling menarik perhatian wakil JPA adalah penyediaan KIOSK HRMIS di ruang legar bangunan RTM. Penyediaan KIOSK ini adalah bagi memudahkan kakitangan yang sentiasa sibuk di konti sehingga tiada kesempatan untuk melayari HRMIS di ruang kerja masing-masing. Pihak JPA difahamkan bahawa kebanyakan kakitangan menggunakan KIOSK adalah bagi tujuan permohonan cuti.
Syabas diucapkan kepada pihak RTM atas usaha yang telah dilakukan. Berikut antara gambar KIOSK yang sempat dipaparkan untuk perhatian semua agensi.
Saya Mohd Hasmadi bin Mustaffa adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dengan penggunaan aplikasi HRMIS. Saya secara peribadi merasa berbangga kerana Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah terpilih antara salah sebuah agensi kerajaan yang terawal menggunakan aplikasi HRMIS. Yang terkini, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mewajibkan penggunaan HRMIS untuk tujuan Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT) dan Bayaran Elaun Lebih Masa (ELM).Saya selain berperanan sebagai penguna biasa atau pemilik kompentesi, juga terlibat secara langsung kerana saya ditugaskan sebagai penerima, penyemak dan penyedia proses bayaran untuk Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).
Walaupun pada peringkat awal permulaan, saya dan kakitangan di Unit Kewangan serta beberapa lagi kakitangan di unit atau bahagian lain di JMM menghadapi banyak permasalahan sama ada masalah dari segi teknikal seperti ganguan capaian, masalah pengiraan yang berbeza berbanding dengan cara manual serta beberapa lagi masalah lain telah kami kenal pastikan. Kepekaan dan keseriusan terhadap permasalahan tersebut, pihak kami (Kewangan) akan menyenaraikan segala permasalahan yang timbul dan akan berbincang serta meminta bantuan dan pertanyaan kepada pihak HRMIS JPA melalui perkhidmatan helpdesk yang di sediakan oleh JPA.
Pihak kami amat berterima kasih kerana segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan walaupun ada sesetengahnya mengambil masa yang lama untuk tindakan selanjutnya. Pihak kami juga amat berterima kasih kerana pihak HRMIS JPA sentiasa membuat penambahbaikan dalam sistem.
Oleh yang demikian, saya Mohd Hasmadi bin Mustaffa dari Unit Kewangan Jabatan Muzium Malaysia serta semua kakitangan JMM dari peringkat bawahan serta pihak pengurusan tertinggi sangat berterima kasih akan keperihatinan HRMIS dalam membantu sektor kerajaan untuk menjadikan sektor ini antara sektor yang berkait rapat dengan aliran semasa teknologi moden. Saya juga mewakili semua kakitangan di JMM mengucapkan syabas kepada HRMIS dan JPA kerana bersedia menyahut cabaran kerajaan dalam mentransformasikan agenda kerajaan ke arah satu sistem kerajaan elektronik. Sekian. Terima kasih..
-Dari Sistem Mamklumbalas JPA-
Tahun 2009
Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi HRMIS telah DIBUKA SEMULA. Prestasi capaian akan sentiasa dipantau oleh pihak JPA secara berterusan.
Dimakluman satu dokumen Tips Do and Don't bagi Submodul Pengurusan Cuti telah dikeluarkan bagi melancarkan proses Penjanaan Kelayakan Cuti 2013. Ia memaparkan aktiviti-aktiviti yang perlu diambil perhatian oleh Pemilik Komptensi dan juga Pentadbir Cuti Agensi sewaktu aktiviti Penjanaan Cuti 2013 berlaku. Semua Pentadbir Cuti dinasihatkan untuk memuat turun dokumen ini.
Dilampirkan panduan pengguna terkini bagi fungsi Kelayakan Cuti dibawah Submodul Pengurusan Cuti. Semua Pentadbir Cuti hendaklah memastikan Penjanaan Kelayakan Cuti 2013 dilakukan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.