Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Utama»Makluman Semasa»Papar perkara dengan tag: Peperiksaan
A+ R A-
Papar perkara dengan tag: Peperiksaan

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Kompentensi, Bahagian Perkhidmatan akan melaksanakan uji cuba permohonan peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan Siri 2/2011 melalui Modul Penilaian Kompentensi – Submodul Peperiksaan Perkhidmatan dalam Aplikasi HRMIS.

2. Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah membuat permohonan peperiksaan perkhidmatan melalui dua (2) kaedah berikut:

i) Aplikasi HRMIS – boleh dicapai di hrmis.eghrmis.gov.my ATAU melalui Internet di hrmisone.eghrmis.gov.my (di bawah Modul Kompetensi – Submodul Peperiksaan Perkhidmatan). Panduan dan tatacara permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) KLIK DISINI ; dan

ii) Portal Peperiksaan Perkhidmatan – boleh dicapai di www.kompentensi.jpa.gov..my/peperiksaan/mohon