Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Bagi Tahun 2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:...
Sukacita dimakluman bahawa, HRMIS telah boleh diakses menggunakan kemudahan MYHRMIS. Sebarang permasalahan mengenai penggunaan kemudahan ini boleh diadukan kepada Helpdesk HRMIS JPA ditalian 03-8321 1400 atau e-mail kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Sukacita Dimaklumkan Bahawa Operasi HRMIS Telah Pulih Seperti Biasa Bermula Jam 2:00 Petang 13 Januari 2011. Segala Kesulitan Yang Berlaku Sepanjang Tempoh Penutupan Sementara Sebelum Ini Amatlah Dikesali. Terima Kasih Atas Kesetiaan Tuan/Puan Menggunakan HRMIS. Sebarang Masalah Berkaitan, Sila Hubungi Meja Bantuan HRMIS Di Talian 03-83211400.
Berikutan perisytiharan cuti umum pada 31 Disember 2010 (Jumaat), JPA akan menyelaraskan pengemaskinian maklumat cuti ini di HRMIS. Sehubungan dengan itu, bagi pegawai perkhidmatan awam yang telah memohon dan diluluskan penggunaan kemudahan cuti rehat pada tarikh tersebut, kelulusan berkenaan adalah dengan ini tidak terpakai...
Dimaklumkan bahawa sebagai langkah meningkatkan capaian prestasi HRMIS, pihak JPA telah membolehkan HRMIS (HRMIS versi lama dan My HRMIS) dicapai melalui url berikut:-
Dimaklumkan bahawa Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 boleh dimuat turun dalam format .doc melalui portal HRMIS.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA telah mengeluarkan satu panduan aktiviti perlaksanaan Submodul Pengurusan Cuti Akhir Tahun sebagai rujukan kepada Kementerian, SUK dan Agensi.
PERINGATAN PENTING!!! Kerjasama semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah dipohon supaya memastikan semua borang asal LNPT pegawai Perkhidmatan Gunasama Persekutuan bagi tahun-tahun ke belakang dihantar kepada Pihak Berkuasa Menyimpan di JPA untuk kepentingan urusan kerjaya dan kemajuan pegawai kompetensi...
PERHATIAN!!! Diharapkan semua agensi dapat mengikut jadual permohonan yang telah dikeluarkan bagi melancarkan permohonan cuti raya 2010 melalui Submodul Pengurusan Cuti HRMIS. Untuk makluman waktu permohonan cuti di bahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Mohon rujuk Lampiran A untuk jadual yang telah ditetapkan...
Dimaklumkan bahawa sebarang perubahan yang melibatkan sandangan hanya akan berkuat kuasa pada keesokan harinya.Ini adalah disebabkan kerja-kerja penambahbaikan ke atas table berkenaan.
Penguatkuasaan perkara ini berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.