Portal Rasmi HRMIS

Anda disini:Informasi HRMIS»Makluman Semasa»Pelayar Versi IE 9 OS Windows 7 Bagi Aplikasi HRMIS
A+ R A-
Papar perkara dengan tag: Makluman

Satu aplikasi bernama "My HRMIS & JPA Demo" pernah dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab ke Google Play dan ia telah dimuatturun oleh beberapa pengguna Smart Phone berasaskan sistem pengoperasian Android. Berdasarkan keterangan di laman web Google Play, ia kononnya adalah bagi tujuan demo My HRMIS di SUK Selangor pada 14 March 2012. Aplikasi ini sebenarnya digunakan untuk mencuri maklumat yang berada di dalam telefon pengguna. Pihak JPA dan SUK Selangor dengan ini memaklumkan dan mengesahkan bahawa kedua-dua pihak tidak terlibat membangunkan aplikasi tersebut. Oleh itu semua pengguna yang telah memuatturun (download) aplikasi tersebut dinasihatkan untuk segera menghapuskannya (uninstall).

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012

Selasa, 27 Mac 2012 12:09 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu HRMIS Bil. 1/2012 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 3 April 2012

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pengerusi : YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia)

 

Surat jemputan rasmi bertarikh 22 Mac 2012 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut :

Puan Nooratul Ashikin Binti Dilah

(e-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4316)

atau

Cik Siti Azura Binti Khairruddin

(e-mel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4353)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 6.00 petang, 30 Disember 2011 (Jumaat), capaian kepada Aplikasi HRMIS akan dihadkan kepada 4 modul/submodul sahaja iaitu SKT*, LNPT, CUTI dan Pentadbiran Sistem. Ini dilakukan untuk memberi keutamaan akses kepada modul/submodul tersebut sahaja.

*Bagi pelaksanaan submodul LNPT bagi fungsi SKT, sekirannya CO tidak berjaya untuk menghantar SKT 2011 kepada pegawai penilai untuk pengesahan, adalah memadai bagi CO untuk menyimpan SKT yang telah dilengkapkan di HRMIS.

Sekiranya terdapat keperluan akses kepada modul/submodul lain, sila hubungi Helpdesk HRMIS bagi mendapatkan bantuan. Perlaksanaan penutupan modul/submodul HRMIS selain di atas adalah untuk sementara dan pembukaan semula akan diumumkan secara rasmi pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU HRMIS Bil.2/2011

Selasa, 25 Oktober 2011 14:33 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Bil.2/2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut : 

Tarikh: 27 Oktober 2011

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pengerusi: YBhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah

  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Surat jemputan rasmi bertarikh 13 Oktober 2011 telah dihantar dan dialamatkan kepada semua Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut : 

Puan Wan Fazidatul Eza Binti Wan Hussien
(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4352)

atau

Cik Siti Azura Binti Khairruddin
(emel: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya / Tel: 03-8316 4353)

Pelayar Versi IE 9 OS Windows 7 Bagi Aplikasi HRMIS

Selasa, 16 Ogos 2011 15:07 Diterbitkan dalam Makluman Semasa
Dimaklumkan bahawa capaian ke Aplikasi HRMIS boleh menggunakan pelayar Internet Explorer (IE) Versi 9 bagi OS Windows 7 dengan mengikuti langkah-langkah setting mudah seperti berikut:

Melalui menu pelayar IE9, klik butang Tools>Compatibility View Setting>check all Check Box

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh disalurkan kepada Helpdesk HRMIS di talian 03-83211400.

Fungsi SMS Cuti HRMIS

Selasa, 09 Ogos 2011 12:05 Diterbitkan dalam Makluman Semasa

Dilampirkan manual bagi fungsi-fungsi SMS CUTI HRMIS yang telah dibangunkan serta telah sedia untuk digunakan di peringkat JPA dan agensi.
Terdapat 4 fungsi yang telah dibangunkan:
1) Semak Baki Cuti Rehat
2) Semak GCR
3) Semak Status Cuti
4) Permohonan Cuti Rehat

Syarat asas bagi membolehkan pegawai menggunakan semua fungsi ini adalah:
1) Mempunyai rekod asas di dalam HRMIS

Dan syarat tambahan bagi menggunak an fungsi Permohonan Cuti Rehat adalah:
1) No Tel Bimbit perlu didaftarkan di dalam HRMIS (Submodul Rekod Peribadi)
2) Aliran Kerja Cuti Rehat telah wujud
3) Memohon cuti selewat-lewatnya sehari sebelum bercuti.

Setiap kos penghantaran SMS adalah RM0.15 dan kos penerimaan SMS adalah RM0.20.

Muat Turun

Dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadhan, perkhidmatan Helpdesk HRMIS JPA mula beroperasi pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.

Dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Kompentensi, Bahagian Perkhidmatan akan melaksanakan uji cuba permohonan peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan Siri 2/2011 melalui Modul Penilaian Kompentensi – Submodul Peperiksaan Perkhidmatan dalam Aplikasi HRMIS.

2. Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah membuat permohonan peperiksaan perkhidmatan melalui dua (2) kaedah berikut:

i) Aplikasi HRMIS – boleh dicapai di hrmis.eghrmis.gov.my ATAU melalui Internet di hrmisone.eghrmis.gov.my (di bawah Modul Kompetensi – Submodul Peperiksaan Perkhidmatan). Panduan dan tatacara permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi HRMIS (www.eghrmis.gov.my) KLIK DISINI ; dan

ii) Portal Peperiksaan Perkhidmatan – boleh dicapai di www.kompentensi.jpa.gov..my/peperiksaan/mohon

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2012 Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi Perkhidmatan Gunasama yang berkhidmat di sebelas (11) agensi di bawah JPM telah dibuka untuk permohonan melalui Submodul Program Pengajian.

Agensi-agensi di bawah JPM yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Istana Negara
2. Jabatan Audit Negara
3. Jabatan Peguam Negara
4. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
5. Parlimen Malaysia
6. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia
7. Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri
8. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
9. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
10. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
11. Suruhanjaya Pilihan Raya

Pegawai-pegawai yang berminat bolehlah membuat permohonan melalui Submodul Program Pengajian. Panduan Pengguna boleh dirujuk dan dimuat turun menerusi portal di Ruangan Pembelajaran > Modul & Submodul > Modul Pembangunan

  • «
  •  Mula 
  •  < 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  > 
  •  Tamat 
  • »
Halaman 1 dari 3